Skip to main content

Menziarahi Pusara Sebelum Keesokkan Berhari Raya


Darwisya menyiram air di atas pusara atuk sambil darwish berada disisi.

Hari ini adalah hari penutup Ramadhan. Seperti kebiasaan tahun-tahun lepas, kami anak beranak ke pusara arwah bapa saya sebelum berhari raya keesokkan harinya. Tanpa saya sedari kali ini yang membaca Yassin dan Tahlil bukan hanya kami berdua suami isteri seperti tahun-tahun lepas, tetapi nampaknya ada suara kecil yang mengikuti bacaan kami. Itulah Darwisya.. dan semoga untuk tahun depan, satu suara kecil kedua (Darwish) akan mengikuti kami juga untuk membaca Yassin dan tahlil di pusara arwah bapa saya.

Pertengahan Ramadhan kali ini saya bermimpi berjumpa arwah bapa saya yang telah meninggal. Mimpi yang sangat saya mahukan dari semenjak dia meninggalkan saya adik beradik beserta ibu kami semenjak 13 tahun lalu. Namun saya tidak pernah bermimpi hinggalah Ramadhan kali ini. Alhamdulillah, walaupun ianya hanya mimpi, saya dapat memeluk erat dan meluahkan perasaan rindu saya pada bapa saya. Menziarah ke pusaranya kali ini membuatkan saya lebih terharu daripada selalu.. Semoga Allah mencucuri rahmatnya.. Al Fatihah.

Kepada pembaca blog, saya ucapkan Selamat Hari Raya dan semoga Amalan/Ibadah yang kita rutinkan dalam bulan Ramadhan dapat dibiasakan seterusnya selepas bulan Ramadhan berlalu.

Sekadar berkongsi dengan para pembaca, dalam kita berseronok membuat persiapan hari raya esok hari, peruntukkanlah sedikit masa untuk memanjatkan doa pada malam ini kerana malam ini, malam Aidilfitri adalah antara 5 malam yang dikabulkan doa dalam setahun. Apa lagi ditambah dengan malam ini adalah malam Jumaat. Dua malam yang istimewa bertindan antara satu sama lain.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Hari Raya Haji, malam Hari Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Hari Raya Haji, malam Hari Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.


Semoga kita antara orang yang mengambil kesempatan pada malam yang penuh curahan kebajikan dari Allah S.W.T dengan memanjatkan doa untuk kejayaan diri, keluarga, anak-anak serta orang tersayang yang telah tiada. InsyaAllah ia akan dimakbulkan. Semoga kita tidak disibukkan dengan persiapan menyambut hari raya esok siang hingga terlepas peluang yang ada. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari saya, suami, Darwisya Adrianna dan Darwish Adrian.








Comments

Selamat hari raya.maaf zahir batin. semoga anak2 saya juga boleh membaca yassin di pusara atok mereka nanti. setiap kali membaca blog puan membuatkan saya lebih sedar kita punya tanggumngjawab untuk didikan akhirat anak2 juga bukan hanya duniawi. kadang2 aspek duniawi melekakan apatahlagi bila kita tidak mahu anak2 ketinggalan tetapi insyaallah blog puan menjadi "peyedar" untuk saya yang kadangkala terleka
Lina said…
InsyaAllah sama2lah kita berdoa supaya anak kita berjaya didunia dan juga diakhirat. Ilmu untuk keduanya adalah sama penting untuk kita berikan. Semoga kita dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab yang Allah berikan kepada kita sebagai ibu dan bapa dengan sempurna.
Z said…
InsyaAllah....
loona said…
kadang2 aspek duniawi melekakan apatahlagi bila kita tidak mahu anak2 ketinggalan tetapi insyaallah blog puan menjadi "peyedar" untuk saya yang kadangkala terleka

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara...