Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Nak Ajar Anak Yang Mana Dulu?

Semalam saya menerima 3 emel bertanya kalau anak asyik nak ajar baca Quran, hafal Quran, bagaimana pula tentang pelajaran lain? Setiap emel tidak sama tetapi kesimpulan pertanyaan begitulah bunyinya.. Bukan itu sahaja, malah saya yang tak pernah masuk forum terjumpa pula forum yang membincangkan tentang isu yang sama. Kalau nak join forum tentang ni boleh jenguk http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=603367&extra=page%3D1 Hairan saya.. Kenapa hari yang sama? Saya rasa Allah mahu saya berkongsi perkara yang tidak penting bagi saya tetapi mungkin penting bagi orang lain.. Baiklah.. saya ingin kongsikan pengalaman saya memdidik anak saya setakat ini. Belum besar lagi pun mereka tu, maka tak dapatlah saya berkongsi banyak sangat tentang isu ini. Seperti yang semua orang tahu, saya hanya fokus mengajar mereka al Quran sahaja kerana saya fikir ilmu lain-lain tu, bila mereka mula bersekolah nanti, boleh belajar dengan cikgu sekolahnya! Sebenarnya saya kata begitu kerana say...

Rahsia Ibu Sultan Mohammad Al Fateh

Alhamdulillah, telah ramai yang dapat menonton ‘Training Slide’ dan ‘Video Semangat Ibu Sultan Muhammad Al Fateh’ yang saya beri secara percuma kepada subscriber newsletter saya pada bulan September yang lepas. (Bagi yang belum mendaftar sebagai subscriber, boleh mendaftar secara percuma di  http://www.islamicparentingnetwork.com/lp.html ). Pengunaan platform percuma saya telah ditamatkan oleh pihak website mindflash. Dalam ertikata lain, apa yang mereka maksudkan pada saya adalah.. kalau nak guna lagi saya perlu membayar. Oleh kerana itu, Slide n Preview itu tidak dapat saya teruskan. Walaupun begitu,  saya akan tetap berkongsi tips dan motivasi lain didalam newsletter saya dari semasa ke semasa. Niat saya berkongsi slide tersebut adalah supaya ibubapa diluar sana faham akan ajaibnya takdir tuhan jika kita mempunyai cita-cita dan berusaha kearah mencapainya. Ajaibnya seorang bayi yang yang cuma bayi biasa tapi dibesarkan oleh ibubapa yang bercita-cita besar, tabah ...

Darwish & Darwisya Membaca Hafazan Di Depan 5,000 orang

Pada 26 Jun 2011, Darwish beserta kakaknya telah membacakan hafazannya di depan ribuan orang sempena Majlis Ulangtahun Pusat Pendidikan Al Barakah yang ke-5, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak dengan disaksikan oleh YB Menteri Besar Perak sendiri. Dibawah adalah gambar kenangan pada majlis tersebut. Darwish dan Darwisya berbual dengan Menteri Besar Perak, YB Datuk Seri Zambry Abd Kadir Darwish Adrian di dukung oleh Pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah, Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz Darwish menjawab soalan yang diajukan kepadanya Darwish ketika sedang membacakan hafazannya - Surah Al Buruj, At Tariq dan Al A'la Dianggarkan seramai 5,000 orang yang hadir pada hari tersebut

Pengalaman Saya Menyaksikan Anak Saya Membaca Hafazan Di Depan 5,000 orang