Alhamdulillah, telah ramai yang dapat menonton ‘Training Slide’ dan ‘Video Semangat Ibu Sultan Muhammad Al Fateh’ yang saya beri secara percuma kepada subscriber newsletter saya pada bulan September yang lepas. (Bagi yang belum mendaftar sebagai subscriber, boleh mendaftar secara percuma di http://www.islamicparentingnetwork.com/lp.html). Pengunaan platform percuma saya telah ditamatkan oleh pihak website mindflash. Dalam ertikata lain, apa yang mereka maksudkan pada saya adalah.. kalau nak guna lagi saya perlu membayar. Oleh kerana itu, Slide n Preview itu tidak dapat saya teruskan. Walaupun begitu, saya akan tetap berkongsi tips dan motivasi lain didalam newsletter saya dari semasa ke semasa.
Niat saya berkongsi slide tersebut adalah supaya ibubapa diluar sana faham akan ajaibnya takdir tuhan jika kita mempunyai cita-cita dan berusaha kearah mencapainya. Ajaibnya seorang bayi yang yang cuma bayi biasa tapi dibesarkan oleh ibubapa yang bercita-cita besar, tabah dan SABAR dalam mendidik anaknya. Umurnya belasan tahun sudah menguasai 6 bahasa dengan kepakaran bidang ketenteraan, sains dan matematik. Dialah yang berjaya menakluki kota konstatinopal dan teka penaklukannya itu berlaku pada umurnya berapa tahun? Ya, umurnya 21 tahun pada masa itu.
Jika Sultan Muhammad Al Fateh menguasai 6 bahasa pada umurnya belasan tahun, bagaimanakah dengan anak muda masyarakat kita yang sebaya denganya ketika ini? Kebanyakkannya sedang sibuk bercinta monyet, merempit, mencuba apa yang terlarang dan sebagainya. Nauzubillah.. Bukannya ibubapa mereka tidak mempunyai cita-cita dahulu. Tentu mereka juga mahu anak mereka berjaya. Mungkin ada antara mereka ini adalah kanak-kanak bijak. Hebat membaca atau hebat matematik pada umur yang sangat muda. Tetapi..
Ikutilah jejak langkah Ibu Sultan Muhammad Al Fateh.. mulakan didikan anak dengan al Quran.
ITULAH RAHSIA ANAKNYA MENJADI PENAKLUK DUNIA!
Anaknya juga seperti anak orang lain. Suka bermain dan tidak mahu mengaji pada mulanya kerana leka bermain dengan kawan-kawan. Ibunya merelakan anaknya dipukul oleh guru yang dipanggilnya kerana sebab tidak mahu mengaji. Adakah kita secekal itu? Saya sendiri tidak mampu melihat anak saya dipukul oleh orang lain. Saya rasa ibu-ibu lain juga begitu. Kalau kita memukul anak kita sendiri tidak mengapa, tetapi kalau melihat orang lain memukul mereka.. hancur luluh hati rasanya! Itulah yang membezakan kejayaan beliau dengan kejayaan kita. Kecekalannya! Walaupun begitu, kita masih boleh mengadaptasi kecekalannya dengan mengajar anak kita sendiri.. Tabah, cekal dan sabar dalam mengajar anak kita bijak Al Quran, ilmu pertama dalam hidup anak kita!
Bukanlah cita-cita saya menyuruh anak saya menakluk dunia. Dapat menakluk dirinya sendiri pun sudah mencukupi. Apa lagi dalam zaman yang penuh cabaran ini. Dimana selalunya nafsulah yang menjadi raja. Kejayaan itu bermula dengan kita menakluk diri sendiri. Dan untuk melakukannya kita perlu sentiasa beringat akan hari akhirat. Yakinlah, jika kita kejar akhirat, dunia akan datang mendapatkan kita.. InsyaAllah.
Comments
semoga masa depan anak-anak puan akan menjadi orang yang berjasa pada agama, bangsa, dan negara suatu hari nanti.
Zaman sekarang, ramai anak-anak muda yang ikut budaya kuning sperti couple, etc.
Jadi kesedaran mendidik anak dengan al-Quran memang perlu pada masyarakat sekarang...
Supaya generasi Z inilah yang bakal mengubah dan mengembalikan kegemilangan Islam seperti pada zaman Khalifah sampailah zaman Sultan Muhammad al-Fateh
=D
Lanjutkan artikel lainnya.. ane suka
Jazakillah atas sharing ilmunya.