Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Perjalanan Yang Masih Jauh

Alhamdulillah, setiap hari ada saja pembaca baru yang budiman yang mengirimkan ucap tahniah samada melalui emel mahupun di facebook saya. Setiap kali saya menerima ucapan ini, saya bertanya kepada diri sendiri.. Adakah aku layak untuk menerima perkataan itu? Tahniah adalah jika sesuatu itu sudah menempa kejayaan. Tetapi saya jauh lagi dari berjaya. Perjalanan saya dan anak-anak saya masih sangat jauh. Semoga saya dikuatkan semangat dan semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada saya dalam membentuk anak-anak saya. Jika tidak kerana hidayahNya .. saya yang tiada latar belakang pendidikan agama dan bukan dilahirkan dari keluarga yang 'kuat agama' bersuami pula dengan suami yang berpendidikan barat, MUSTAHIL untuk melahirkan anak yang 'beracuan' seperti yang sedia ada. Namun Allah s.w.t punya rancanganNya sendiri. Dengan rasa rendah hati, saya meminta sesiapa yang terasa dan teringin menekan keyboard untuk mengirim perkataan itu kepada saya, simpanlah ia.  Gantikan...