Alhamdulillah, setiap hari ada saja pembaca baru yang budiman yang mengirimkan ucap tahniah samada melalui emel mahupun di facebook saya. Setiap kali saya menerima ucapan ini, saya bertanya kepada diri sendiri.. Adakah aku layak untuk menerima perkataan itu? Tahniah adalah jika sesuatu itu sudah menempa kejayaan. Tetapi saya jauh lagi dari berjaya. Perjalanan saya dan anak-anak saya masih sangat jauh. Semoga saya dikuatkan semangat dan semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada saya dalam membentuk anak-anak saya. Jika tidak kerana hidayahNya.. saya yang tiada latar belakang pendidikan agama dan bukan dilahirkan dari keluarga yang 'kuat agama' bersuami pula dengan suami yang berpendidikan barat, MUSTAHIL untuk melahirkan anak yang 'beracuan' seperti yang sedia ada. Namun Allah s.w.t punya rancanganNya sendiri.
Dengan rasa rendah hati, saya meminta sesiapa yang terasa dan teringin menekan keyboard untuk mengirim perkataan itu kepada saya, simpanlah ia. Gantikanlah ia dengan DOA supaya anak-anak kita sama-sama berjaya di dunia dan diakhirat nanti. InsyaAllah semoga kita diberi rezeki untuk memberi salam dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain di sana nanti.
Selamat membaca blog perkongsian saya ini untuk langkah-langkah mendidik anak sendiri dengan al Quran. Ia sebenarnya mudah.. cuma perlu konsisten untuk mendapatkan hasilnya. Jika ada yang menginginkan perkongsian secara terus dan berdepan, saya jemput ke kursus yang saya adakan dibawah
Mengajar Al Quran Pada Bayi & Kanak2 ( Peringkat Asas) - 5 jam
Mengajar Al Quran Pada Bayi & Kanak2 (Peringkat Lanjutan) - 5 jam
Video dibawah adalah panduan peringkat-peringkat saya mengajaranak lelaki saya, Darwish Adrian dari bayi. Ianya adalah jalan yang sama bagi kakaknya juga (Darwisya). Semoga video ini memberi serba sedikit idea untuk pembaca mengajar anak sendiri.
Video dibawah pula adalah video kelebihan surah Ar Rahman yang dibacakan oleh Darwisya Adrianna berumur 5 tahun. Mengikut para penghafal al Quran, surah Ar Rahman adalah antara surah yang sukar dalam banyak-banyak surah kerana perkataan yang sama diulang sebanyak 31 kali menyebabkan ianya mengelirukan. Namun ia tidak mustahil untuk dihafal oleh mana-mana kanak-kanak. Dibawah adalah buktinya..

10 comments:
DOAkan supaya anak-anak kita sama-sama berjaya di dunia dan diakhirat nanti. I'm so inspired by Kak Lina!
semoga anak saya mampu berjaya mcm anak akak.. tanpa pernah give up berusaha
Ya ALLAH..semoga anak-anak kita sama-sama berjaya di dunia dan diakhirat. InsyaAllah. Ya ALLAH berkatilah urusan kami..Permudahkanlah kami untuk mendidik anak-anak kami menjadi mujahid mujahidahMu... Amiiinn.
Siapa tak mhu anak bijak macam Darwisya dan Darwisy ini Lina...
Seronok mendengarnya...
knk2 mbaca aq ni seperti mnyanyi kuat2 :) itulah buktinya klu mrk blh hafa lagu mcm2 kini why not mrk hafaz aq juga?
terima kasih atas perkongsian... macam mana nak hadiri kursus
terima kasih atas perkongsian... macam mana nak hadiri kursus
salam k lina, saya dah start buat ckt2. tp masih pening mana satu nak start dulu. nak beli buku bacaan pun tak tahu mn nak beli dulu yg utama. saya nak beli yang asas dulu. saya ada anak umur 2 yrs 7 mth dan baby 4 month. harap k lina bantu beri pandangan
Moga kita semua mendapat Hidayah!Aamiin!
salam.. seronok melihat video darwisya n darwish mengaji.. ini buat saya xsabar nak mengajar anak saya mengenal al-quran secepat mungkin.. namun, suami saya tidak benarkan saya mengajar anak saya lagi.. (buat pengetahuan puan anak saya baru berusia 9 bulan.. ) suami saya kata, terlalu awal, she is a baby, not a robot to learn now.. now its time for her play, from that way she can learn a lot.. saya harap puan dapat memberi kata2 nasihat yang boleh kukuhkn lagi keinginan saya untuk mengajar anak saya ttg al-quran seusia bayi bagi meyakinkan suami saya.. terima kasih..
Post a Comment