Saya telah melihatnya.. Saya telah mengalaminya..
Kebanyakkan ibubapa, takut anak tertinggal di belakang bila dia masuk ke sekolah nanti, maka sejak dari bayi lagi, kita mula nak kenalkan ABC dan 123.. Kita mula memenuhkan tempat bermainnya dengan educational toys untuk tujuan memperkenalkan huruf dan abjad. Kalau ibu dan bapa bekerja, maka toys berjenama mahal lah yang dibeli. Jika seorang sahaja, maka jenama biasa-biasa sahajalah tetapi tetap ada. Kita berkata dalam hati, al Quran itu 'nanti-nanti' pun boleh. Lagipun.. mana ada ujian al Quran bila dia masuk sekolah rendah nanti. Dah besar sikit, hantar sahaja mengaji dengan ustaz/ustazah di belakang rumah tu. Itu mentaliti ibu-ibu yang seangkatan dengan zaman saya dahulu. Rakan-rakan saya semunya begitu. Alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk mengajar anak mereka dari kecil berbanding dengan ibu-ibu zaman 'ibu saya' yang tidak terfikir tentang pendidikan awal bayi. Apapun.. besar panjang juga kita-kita ini.
Zaman telah berubah, kita tidak boleh melakukan perkara yang sama. Tetapi ada satu yang tidak patut untuk berubah. Iaitu.. mengajar al Quran dari bayi mengikut contoh ibu-ibu zaman kegemilangan Islam dahulu. Saya telah rasa dan mengalaminya.. Alangkah baiknya jika semua orang tahu akan kuasa al Quran pada anak mereka jika ianya diajar dari bayi lagi.
Terus terang saya katakan keutamaan yang saya letakkan pada anak saya adalah menentang arus dari keutamaan ibubapa sekarang yang mahu anak 'excel' dalam persekolahan mereka terutamanya. Saya mengajar al Quran dahulu.. yang lain saya kemudiankan. Umur anak-anak saya mahu menginjak hampir 5 tahun baru saya mula mengajar membaca dan mengira. Itupun setelah berfikir.. apa salahnya ajar samping-sampingan. Oleh kerana sudah niat dihati ia diajar 'samping-sampingan' maka tidaklah saya konsisten. Apa keputusannya? Kedua-dua anak saya sudah pandai membaca bahasa Inggeris. Darwisya pula sudah peringkat boleh membaca Science Encyclopedia dalam Bahasa Inggeris. Matematik.. keduanya boleh melakukan operasi matematik yang lebih rumit jika dibandingkan peringkat umur mereka. Saya kata lebih rumit dari umur mereka kerana saya telah melihat buku teks darjah 1 dan darjah 2 anak buah saya.
Maka saranan saya, bagi mereka yang punya anak kecil, mulakan dengan al Quran. Ada juga pembaca blog ini yang anak mereka telah dewasa dan jika manalah tahu satu hari Allah kurniakan seorang anak kecil lagi, cubalah ajar yang sikecil comel itu al Quran. Kita akan lihat perbezaan dia dengan anak-anak yang besar tadi. Dia akan lebih terang hati menerima pelajaran lain. InsyaAllah.. Ok, mari kita saksikan 'hasil kerja' saya mengajar anak saya membaca Bahasa Inggeris dalam video ini..

9 comments:
Terima kasih kerna berkongsi pengajaran.. insya allah saya ingin cuba praktikkan buat bakal baby sy nanti :)
salam puan.. tma kasih atas info..
Terima kasih atas tunjuk ajar akak.anak saya baru mencecah 1thn.sya telah belikn buku n cd abc.oleh itu saya pn nak mengajar anak sya ilmu al-quran dulu.sebelum terlambat.nasib baik sya terjumpa blog akak.sya sangat2 berterima kasih pada akak.
Subhanallah. Perkongsian yang sangat baik. InsyaAllah boleh dipraktikkan oleh saya & seluruh umat Islam. Terima kasih atas perkongsian.
terima kasih di atas perkongsian itu. akan cuba dipraktikkan kpd anak2 kita
Assalamualaikum w.b.t..saya mempunyai anak2 kecil berumur 1 dan 3 thn..mmg teringin nk dedahkan mereka dgn alquran dulu..Alhamdulillah..sejak mereka dlm alam rahim lg sudah diperdengarkan dgn ayat2 suci kitab Allah ini dgn umminya khatam alquran..sorang lahir di Australia..dan sorang lagi di United Kingdom.sekarang ni saya terdetik utk menjadikan mereka alhafiz..boleh saudari bantu saya? Cthnya tunjukkan cara..jadual harian mereka..Facebook : mujahidah solehah (",) jazakillah
Assalamu'alaikum WBT.. Puan Lina, saya dalam usaha untuk mengikut jejak langkah puan.. Semoga Allah memberkahi puan dan kita semua.. Ameen
asalamualaikum kak lina.. tahniah atas usaha kakak dalam mendidik anak. saya dah share usaha kakak dalam FB saya... saya ada anak umo 3 tahun 2 bulan. saya ada start ajar guna flash card tp tak konsisten. dia dah pandai nyanyi alif ba ta, baca doa makan, dan al fatihah. tapi belum kenal lagi kesemua huruf hijaiyah..
Syukran atas perkongsian ilmu. Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com
Post a Comment