Skip to main content

Diari Madinah dan Mekah Bersama Darwish dan Darwisya


Alhamdulillah sekarang ini saya dalam perjalanan ke Mekah dari Madinah. 2 hari di Madinah meninggalkan pelbagai kenangan. 2 hari saya dapat bersolat di Raudhah. Anak anak saya juga berpeluang bersoIat ditempat impian semua manusia yang menjejakkan kaki ke Tanah Madinah ini iaitu di Raudhah. Kali pertama saya ke Raudhah adalah tanpa anak saya. Saya rasa seperti dapat bersolat tetapi sambil ber'silat'. Terpaksa menahan diri ketika solat kerana rempuhan orang ramai. Ada yg menangis kerana tidak tahan ditolak himpit, ada yg terjatuh dan terpijak menyebabkan saya takut untuk membawa anak saya. Saya juga telah dinasihatkan oleh muttawif utk tidak bersama dengan anak jika mahu ke Raudhah.

Namun atas desakan anak2 saya, keesokkannya saya membawa mereka masuk dgn memberi mereka gambaran akan keadaan disana terlebih dahulu. Ya, mereka masih mahu ikut walaupun saya telah ceritakannya. Saya suruh mereka berjanji untuk kuat dalam asakan dan jangan menangis kerana jika menangis, saya akan tarik mereka keluar dan berpatah balik.

Alhamdulillah, akhirnya kami dapat masukdan yang memeranjatkan saya adalah saya dan anak-anak dapat bersolat di tempat yg aman. Saya seakan tidak percaya melihat Raudhah yang berpermaidani hijau di kaki kami. Manakan tidak, semalam saya masuk di tempat yang sama ini.. untuk melihat kaki sendiri pun sangat sangat mustahil. Kami bersolat berkali-kali tanpa sesiapa pun mengganggu! Orang masih berasak tetapi tidak di tempat kami! Alhamdulillah.. Permintaan anak saya dapat dipenuhi dalam keadaan aman dan selamat. Saya terus jadi tersedar betapa bukan saya yang patut menetapkan keadaan di Raudhah adalah sama untuk semua orang. Sangat berbeza dari pertama kali saya memasuki raudhah tanpa anak saya. Di hati.. saya dapat rasakan keistimewaan anak-anak yang dikurniakan Allah kepada saya ini ketika didunia lagi dan dengan deraian air mata, saya berdoa semoga rasa ini dapat saya rasakan sekali lagi diakhirat nanti dimana mereka jualah yang menjadi penyelamat saya nanti. InsyaAllah..

Darwish dan Darwisya mempunyai pengalaman manis mereka sendiri. Setiap hari ada sahaja peminat mereka berdua terutama Darwish. Hari pertama mereka masuk ke Masjid Nabawi, mereka teruja melihat al Quran yang banyak diletakkan di keliling tiang masjid nabawi itu. Mereka mengambilnya tanpa disuruh, mencari surah al Quran yg mereka pilih sendiri dan membacanya.

Rupanya perbuatan mereka itu diperhatikan oleh orang2 Arab disitu dan selesai anak2 saya membaca, mereka mengeluarkan
wang dan menghadiahkannya kepada anak saya. Bukan sedikit yg mereka hulurkan! 50.00 riyal untuk hari pertama. Segala coklat dan gula2 dari beg mereka diberikan kepada anak saya. Hari kedua juga begitu tetapi dgn arab yg berlainan. Dan hari ini kami solat zuhur, solat terakhir sebelum kami bertolak ke Mekah dgn bas.. juga begitu ada sahaja yg memberi wang kepadanya. Belum sampai ke Mekah, sudah banyak barang mainan dibelinya hasil dari pemberian org Arab di Masjid Nabawi. Sehingga ada jemaah yg
bergurau yg Darwish boleh hidup disini dgn hanya bermodalkan al quran. Mereka yg cuba bercakap dgn saya (bagai ayam dan itik) agak bersungguh bertanya tentang umur, nama Darwish dsb. Nasib baiklah anak saya Darwisya faham dan membalas jawapan. Yang saya faham adalah perkataan mereka menyebut 'Imam, imam..' sambil mengusap kepala Darwish. Saya boleh anggarkan maksudnya itu dan terus mengaminkan sahaja perkataannya. Doa itu dtg dari mereka yg berbangsa Arab yg kagum dgn Darwish di dalam Masjid Nabawi! Semoga Allah perkenankan..

Hari kedua, Darwish bersama suami saya pergi ke bahagian solat lelaki. Cerita suami saya selepas keluar masjid, Darwish melakukan perkara yg sama. Orang Arab merapat kepadanya dan selesai sahaja mereka akan menghadiahkan wang. Ada yg mengambil tangan Darwish dan menciumnya berkali kali. Pada mula datang saya agak janggal tetapi setelah beberapa waktu saya bersolat dgn anak saya, saya sudah biasa kerana dibiasakan.

Sudah biasa mereka mengusap kepala anak saya dan kemudian mencium tangan yang mereka gunakan untuk mengusap itu. Akhirnya balik ke bilik hotel anak saya tidur malam dalam keadaannya yang sangat wangi, rasanya dari wangian tangan-tangan mereka yang mengusap anak saya. Wangi itu kekal hinggalah saya bangunkan dia utk bersiap utk solat subuh.

Dari pengalaman ini membuka mata saya tentang sesuatu yg saya tidak pasti selama ini. Saya fikir mereka adalah orang Arab yang sudah tentulah sangat biasa melihat anak kecil membaca al Quran kerana utk mengajarnya kepada anak mereka sudah jadi mudah disebabkan bahasa al quran itu memanglah bahasa mereka. Tetapi kelihatannya tidak begitu. Ianya seperti sesuatu yg tidak 'biasa'. Jika tidak, mereka tidak akan memberi perhatian kepada anak2 saya seperti ini. Mereka kelihatan sangat kagum melihat anak sebaya Darwish membacanya.

Setakat pengalaman saya hingga hari ini, aura Darwish di kalangan org Arab adalah lebih terserlah dari Darwisya walaupun kedua duanya boleh membaca al quran. Saya tertanya sendiri mungkinkah ini ada kaitan dgn mimpi yg saya alami semasa mengandungkan Darwish 5 tahun dahulu? Saya pernah mengabadikan cerita mimpi saya itu dalam salah satu entri blog ini .Cerita itu masih tertulis disitu sejak dari itu. Semoga ia membawa makna yg baik.

Ya Allah, Engkau menjanjikan mahkota kepada ibubapa yg punya
anak menghafaz al quran di akhirat nanti tapi ku rasakan aku telah menerima mahkota itu didunia ini lagi. Walaupun anak2 ku belum lagi menghafaz keseluruhannya. Terima kasih atas anugerahMu. Semoga Engkau berikan hidayah dan ilmu kepada ibubapa lain untuk merasakan apa yg aku rasakan ini. Amiin.

**Ketika saya menulis coretan ini, saya didalam bas dalam perjalanan ke Tanah Suci Mekah dalam berihram. Semoga ibadat umrah kami sekeluarga ini diterima Allah.
Amin..





 

 


Darwish dalam Ihram. Alhamdulillah                               
anak-anak saya diberi kekuatan untuk
 melakukan 2 kali Umrah dengan kudrat
 mereka sendiri tanpa apa-apa bantuan.








                    Darwish bermain dengan seorang kanak-kanak di
                    Masjidil Haram setelah selesai menunaikan solat.









 Darwisya bermain dengan unta di ladang unta.
Memang dia sukakan haiwan dan unta yang tidak
pernah dipegangnya pun sangat mesra dengannya                        






Aktiviti kesukaan anak-anak saya selepas keluar dari Masjidil Haram -
                             Mengejar burung merpati yang banyak di luar masjid















Comments

Hafizah Mohamad said…
Assalamualaikum..rasa kagum dgn puan...tp baru ja saya tgk puan dekat tv3...bila artikel ni ditulis...cam konfius sikit saya...sori k...(^^,)
adilah Abdullah said…
subhanallah.. perlu timba ilmu dgn puan..
Baiduri said…
As salam... sye tgk puan n ank2 di MHI tdi.... sgt kagum cara puan mndidik ank2... sye ingin mncntohi puan... smoga kita smua diberkati.... trima kasih ats sgala p'kongsian ^_^
Anonymous said…
salam puan,
blh sy tau puan mimpi ape mse mngandungkan darwish?
Hanim said…
Assalamualaikum puan, saya sangat terharu membaca nukilan puan. Semoga puan sekeluarga mendapat ketenangan disana. Saya juga mengimpikan anak2 saya dapat menghafaz alQuran..menjadi sebaik & sesolehah seperti Darwisy & Darwisya. Tiada yang lebih membahagiakan daripada itu.

Subhanallah....masyaAllah... Entry yg menakjubkan puan :(
Subhanallah.. Puan, apa mimpi puan ya kalau boleh dikongsi?
Anonymous said…
as-salam puan, kalau boleh blog ni diletakkan senarai post2 lama utk saya telaah dari awal blog ni, sbb baru saja jumpa blog ni , kalau boleh nak baca dari awal.....tqvm.
wardahnasuha said…
Assalamualaikum puan.
Kisah puan jadi inspirasi pada saya untuk saya menghafal Al-Quran dan galakkan anak perempuan saya menghafal Al-Quran. Mohon doa puan dan sekalian yang menjengah ke blog DarwishnDarwisya ini. Syukran.
terharu membacanya.. semoga menjadi anak soleh sehingga akhirnya. aminnnnnnnnnnnn
alawi's cotton said…
terharu... semoga sya mendapat ketabahan dlm memulakan misi ini...amin
Unknown said…
Alhamdulillah..sejuk perut ibu mengandung
lina said…
assalamualaikum....lina,

Subanallah....Alhamdulilah...atas doa buat kami....terharu sgt...'Mahal ayat nya semoga dpt merasai apa yg saya rasai....Allah hu Allah...

Terima Kasih atas titipan doa...semoga Allah sentiasa merahmati puan sekeluarga.....Al Fatihah...amin
subhanallah... hebat sungguh. Azam saya & suami ingin membawa 4 permata hati saya ke umrah suatu tahun 2014 atau 2015. Moga Allah kabulkan permintaan kami :)
ONIT said…
Subhanallah. Perjalanan ruhani puan sangat mengagumkan.
Semoga Puan Dan sekeluarga tetap istiqamah.
Barakallah
:)
ONIT said…
Aamiin.
Barakallah
Anonymous said…
Pn lina nape dh lame x update blog...seronok nak dgr ttg pn lina n family...
Z said…
Lame pn lina x update...
Unknown said…
explore quran online learn quran with tajweed online for your kids and yourself.
online QURAN explore
Unknown said…
Subhanallah...
inspiratif bgt...
terima kasih... :)

http://gendonganbayiku.blogspot.com
Unknown said…
Alhamdulilah...syukur dianugerahkan Allah....amin..
subahanallah.. bertuanya puan.. moga doa puan dan suami menjadi kenyataan... aminnn
mama leen said…
Alhamdulillah.. seronok saya baca.. rezeki anak2 yang pandai baca Al-Quran
Mama Gee said…
This comment has been removed by the author.
Nahla Fashion said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Shaklee said…
Alhamdulillah...kagum saya dengan puan Lina

anak kita sebaya puan

saya follow tuan sejak anak saya (yang sama dengan Darwisha) 3 tahun :)

Unknown said…
Assalamualaikum puan...perkongsian puan tentang darwishndarwisya menginspirasikan saya...Semoga anak2 saya dapat mengikut jejak anak2 puan.Harapan saya agar dapat membawa suami n anak2 pergi mengerjakan umrah n haji nanti.
Unknown said…
Assalamualaikum puan...perkongsian puan tentang darwishndarwisya menginspirasikan saya...Semoga anak2 saya dapat mengikut jejak anak2 puan.Harapan saya agar dapat membawa suami n anak2 pergi mengerjakan umrah n haji nanti.

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt