Skip to main content

Kenapa Bersegera Mendidik

Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".

Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)

Kalau kita lihat sejarah ilmuwan Islam semasa zaman Islam gemilang, semuanya memulakan pendidikan sejak dari kecil lagi. Mereka bukanlah terus menjadi orang bijak pandai secara tiba2. Majoriti mereka telah menghafaz seluruh al Quran sejak kecil sebelum berpindah ke cabang-cabang ilmu matematik, kimia, fizik, astrologi dan lain-lain. Cara begitulah ilmuwan Islam seperti al-khawarizmi, ibnu khaldun, ibnu Rushd, ibnu Sina, al Farabi, ibnul Khaitam dan lain lain lahir. Jika difikirkan banyak benarnya juga. Ikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk proses berfikir secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa. Sementara otak kanan pula untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan dengan seni, muzik dan lain-lain.

Pernah membaca biografi Imam kita, Imam Shafie? Beliau merupakan antara Imam yang paling bijak dan telah menghafaz quran seluruhnya pada umur 7 tahun. Bila saya baca kenyataan tentang beliau menghafaz seluruh isi Al Quran pada umur 7 tahun, saya berkata dalam hati..

'Ia Mustahil untuk anak orang lain!! Kerana dia adalah orang yang terpilih, maka jadilah beliau hebat begitu!'.

Ketika itu saya seolah terdengar ada suara membisikkan pada saya bahawa ia tidak mustahil! Anak saya boleh mencapai apa yang saya fikir mustahil jika saya, ibunya berkeinginan dan dengan izin Allah ia akan terjadi. Ketika itu saya sedang hamil anak pertama, Darwisya. Saya bernazar, jika impian saya tercapai, saya akan berkongsi dengan masyarakat umum. Inilah sebab terhasilnya blog ini. Saya telah melalui dimana permulaannya, untuk mengajar anak Al Quran hingga tahap ini, saya tidak tahu bagaimana mahu bermula, apa yang patut dan perlu kerana tiada rujukan di mana-mana. Semoga blog ini memanfaatkan ibu bapa diluar sana..

Berbalik kepada Imam Shafie menghafal seluruh isi Al Quran pada umur 7 tahun, bagi saya ia sudah tidak mustahil lagi kerana kalau anak saya yang pada zaman moden yang ada TV dan Video, yang boleh saya katakan setiap hari akan menonton TV/CD kesukaannya, suka bermain dan hanya belajar mengaji sekejap-sekejap ini pun boleh membaca Al Quran dan menghafaz 8 surah pada umur belum sampai 3 tahun setakat 28/6/09 (satu minggu satu surah pendek). Inikan pula jika seseorang itu hidup pada zaman para salafussoleh dimana pegangan agama Islam masih kuat lagi. Saya di beritahu oleh seorang guru tahfiz dari salah satu Madrasah Tahfiz di Shah Alam bahawa pelajar beliau mampu menghafal seluruh alQuran dalam masa 2 tahun jika sepenuh masa. Beliau pernah mempunyai seorang murid yang pintar yang menamatkan hafazan dalam masa 1 tahun 4 bulan sahaja. Maka kesimpulan saya, Imam Shafie mungkin boleh membaca alquran pada umur 3 tahun dan menghafal seluruh isi alquran selepas itu! Maka tidak mustahil untuk diterima akal beliau menghafal Quran pada umur 7 tahun.

Ibu saya pernah berkata, jika Al Fatihah yang kamu ajar pada seorang kanak-kanak yang belum tahu, maka pahala setiap kali bacaannya akan sampai kepada kamu walaupun kamu sudah mati. Jika anak kamu mengajar anaknya alfatihah pula, pahalanya akan juga sampai kepada kamu kerana kamulah yang mengajar sehingga dia boleh mengajar anaknya sendiri. Kita tahu bahawa ada 17 kali surah al Fatihah akan dibaca dalam sehari untuk solat wajib dan pahalanya mengalir kepada kita kerana kita yang mengajarnya. Bagi saya, mengajar anak sendiri ibarat saya memulakan perniagaan multi level untuk dunia akhirat saya! Sebab itu saya berebut untuk mengajar anak saya terlebih dahulu sebelum guru tadikanya atau guru agamanya bila dia bersekolah nanti.

Agak mencabar juga untuk mengajar kanak-kanak kerana kita perlu banyak bersabar setelah diri kita letih menguruskan perniagaan sehari-hari. Saya rasa ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa agak beruntung kerana boleh menghabiskan masa sepenuhnya dengan anak-anak. Kesibukkan tugas menguruskan perniagaan saya kadang-kadang melalaikan saya. Saya harap saya dapat terus mendisiplinkan diri untuk mendidik anak saya walau bagaimana sibuk pun. Caranya, saya akan cuba selalu mengingatkan diri saya akan ayat ini.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan"..


Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara