Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Surah Al A'la untuk Nenek

Lepas raya walaupun lambat mula balik rutin hafazan, namun Alhamdulillah, tak sampai seminggu darwisya selesai menghafal surah Al A'la. Video telah pun di ambil dengan memberi imbuhan satu coklat dan satu gula-gula. Murah saje berjual beli satu surah dengan mama di dunia. Tetapi ketahuilah anakku, sesungguhnya amat mahal harga yang engkau dapat dari Allah nanti. Surah ini banyak bercerita tentang pujian kepada Allah yang Maha Tinggi. Selepas selesai menghafalnya, saya bercerita pada anak saya tentang Allah dan kejadian alam. Dia berkuasa menjadikan segala apa yang dikehendakiya seperti angin dan hujan, ribut dan banjir. Bercerita tentang syurga-syurga Allah seronok juga kepada anak2 umur 3 tahun. Ia merangsang daya imaginasi mereka. Kalau cara barat merangsang daya imaginasi kanak-kanak dengan membacakan buku sebelum anak mereka tidur, cerita2 fairy tale seperti Jack and the Beanstalk, The Goose that Lay the Golden Eggs dan sebagainya, saya pula punya cara tersendiri. Saya pasti c...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Gambar Darwisya Adrianna 2 tahun 11 bulan dan Darwish Adrian 1 tahun 6 bulan dengan berbaju raya tahun ni. Darwisya Adrianna, seorang kakak yang baik.. Selamat Hari Raya di ucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke blog ini. Tentunya yang singgah kita mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Untuk saya, hari raya tahun ini lebih bermakna kerana barulah saya dapat merasa bagaimana rasanya jika punyai anak yang sudah petah bercakap bertanya itu dan ini dihari raya. Saya ke kubur arwah bapa saya dengan membawa anak-anak sekali membaca tahlil dan yassin bersama suami. Banyaklah soalan yang ditanya ketika pulang dari kuburan. Bukan senang rupanya untuk memberi jawapan kepada soalan yang agak kompleks kerana jawapan yang jujur dan benar serta memuaskan hati sukar di susun kepada ayat mudah untuk diberikan kepada kanak-kanak yang belum umur 3 tahun. Selepas ke kuburan, saya beraya ke rumah ibu saya dan seperti biasa apabila setiap kali ke rumah ibu saya, soalan yang selalu di tanya p...