Skip to main content

Surah Al A'la untuk Nenek

Lepas raya walaupun lambat mula balik rutin hafazan, namun Alhamdulillah, tak sampai seminggu darwisya selesai menghafal surah Al A'la. Video telah pun di ambil dengan memberi imbuhan satu coklat dan satu gula-gula. Murah saje berjual beli satu surah dengan mama di dunia. Tetapi ketahuilah anakku, sesungguhnya amat mahal harga yang engkau dapat dari Allah nanti. Surah ini banyak bercerita tentang pujian kepada Allah yang Maha Tinggi. Selepas selesai menghafalnya, saya bercerita pada anak saya tentang Allah dan kejadian alam. Dia berkuasa menjadikan segala apa yang dikehendakiya seperti angin dan hujan, ribut dan banjir. Bercerita tentang syurga-syurga Allah seronok juga kepada anak2 umur 3 tahun. Ia merangsang daya imaginasi mereka. Kalau cara barat merangsang daya imaginasi kanak-kanak dengan membacakan buku sebelum anak mereka tidur, cerita2 fairy tale seperti Jack and the Beanstalk, The Goose that Lay the Golden Eggs dan sebagainya, saya pula punya cara tersendiri. Saya pasti cerita2 fairy tale barat seperti itu tetap akan diketahuinya nanti..

Video ini juga adalah hadiah saya pada ibu saya yang ingin melihat cucunya menghafal 'Sabbihis..' (Surah Al A'la, 19 ayat)





>

Comments

^_^ said…
cute sgt tgk anak2 yg bijak al-quran..alhamdulillah..tahniah puan berjaya m'didik anak2 puan dgn baik..
Sufi said…
salam puan,
tahniah puan berjaya mendidik anak mengaji pd peringkat muda..saya juga teruja utk melihat anak saya mengaji pd usia begini..boleh saya tahu bagaimana puan memulakan mengajar pada usia muda begini?anak saya baru berusia 2 thn..perlukah membeli muqadam or bagaimana utk bermula sebenarnya?kerana anak saya,jika saya mengaji,dia suka tarik2 quran saya baca kerana berminat jgk nak baca,tp dengan slang die yg masih x pandai lg bercakap..die juga suka koyakkan buku2..sya takut jika belikan die muqadam,akan dikoyakkan lg..mungkin puan boleh share,bagaimana utk saya start mengajar anak sekecil begini..

sangat berharap perkongsian drp puan...tq

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...
Untuk pengetahuan, sebelum darwisya membuat persembahannya disekolah tersebut, dia telah pun memperdengarkan surah yang sama pada Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah terkenal di bahagian utara tanah air. Setelah mendengarnya, beliau bertanyakan persetujuan saya untuk membenarkan dan membawa darwisya untuk membuat persembahan didepan Menteri Besar Perak yang akan hadir sempena sambutan Maulidur Rasul Pusat Pendidikan yang diasaskannya nanti. Selepas mendapat persetujuan suami, saya pun bersetuju sahaja. Bagi saya dan suami saya, ini mungkin boleh dijadikan peluang untuk memperkenalkan apa yang saya ingin perkenalkan selama ini iaitu pendidikan awal Quran pada kanak-kanak kepada lebih ramai ibubapa diluar sana. InsyaAllah.

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email