Skip to main content

Konvokesyen Dan Penyampaian Sijil Akademi Darul Huffaz Sesi 2008/09

Alhamdulillah anak saya Darwisya Adrianna yang berusia 3 tahun 2 bulan, telah diuji oleh Ustaz Abu Bakar Al Hafiz dari Akademi Darul Huffaz dan telah lulus ujian hafazan 30 surah terakhir. Inilah yang akan menjadi sijil pertama atau sijil permulaan penghafazan Quran anak saya. Sudah tentulah anak saya tidak tahu apa maknanya sekeping sijil kertas yang akan diterimanya nanti tetapi biarlah saya sambut hari tersebut sehingga dia tahu itu adalah hari yang gembira untuk dirinya dan saya selaku ibunya. Anak saya juga akan mempersembahkan bacaan hafazannya pada acara persembahan pelajar pada malam itu nanti. Harap dia tidak gugup atau tidak lupa hafazannya kerana dia tidak pernah membaca didepan mikrofon apa lagi membaca diatas pentas dan dikhalayak ramai. Bukan apa, saya yang tak membaca pun gementar menunggu hari tersebut.

Kepada sesiapa yang yang berminat untuk menghadiri majlis ini boleh menghubungi Akademi Darul Huffaz di talian 03-87332055. Ia akan diadakan pada 24 Disember 2009 ini bertempat di Dewan Sri Melati, Precint 3, Perbadanan Putrajaya.

Disini juga saya ingin berkongsi tentang satu Bengkel Intro Seni Bacaan Quran/Taranum, Tingkatan dan Kawalan Suara bersama Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan Sesi ke2, Johan Qari Antarabangsa 2000/2004, Juri Akademi Quran TV9 anjuran Akademi Darul Hufaz pada 27 Mac 2010 nanti. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi pejabat mereka.



Comments

lina said…
Cukup kagum dengan anak2 yg di didik di peringkat awal boleh membaca di peringkat usia cilik alhamdulilah. Tahniah utk puan!
nadnye said…
saya pun kagum.. tahniah yea

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...
Untuk pengetahuan, sebelum darwisya membuat persembahannya disekolah tersebut, dia telah pun memperdengarkan surah yang sama pada Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah terkenal di bahagian utara tanah air. Setelah mendengarnya, beliau bertanyakan persetujuan saya untuk membenarkan dan membawa darwisya untuk membuat persembahan didepan Menteri Besar Perak yang akan hadir sempena sambutan Maulidur Rasul Pusat Pendidikan yang diasaskannya nanti. Selepas mendapat persetujuan suami, saya pun bersetuju sahaja. Bagi saya dan suami saya, ini mungkin boleh dijadikan peluang untuk memperkenalkan apa yang saya ingin perkenalkan selama ini iaitu pendidikan awal Quran pada kanak-kanak kepada lebih ramai ibubapa diluar sana. InsyaAllah.

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email