Skip to main content

Menanam Sikap Berusaha Pada Kanak-Kanak

Darwisya : Why you have to work Mama?
Mama : Because I have to get money and with that money I can buy your milk, your food, your dress and alot more..

Begitu berat si anak mahu melepaskan si ibu keluar bekerja. Begitulah juga hati si ibu. Namun saya bernasib baik kerana saya bekerja sendiri.

Semenjak dari hari itu, setiap kali saya ke kedai membeli dan membayar duit belian, saya akan menerangkan padanya.. "Mama grow mushroom, pick the muchroom, sell our mushroom and got this money" (saya mengusahakan ladang cendawan)and these are uncle's goods, he sell it to Mama to get money"

Satu hari Darwisya mahukan sesuatu dari kedai tersebut iaitu satu plastik tarik yang dalamnya ada 3 biji belon kempis dan satu peniup yang berbunyi. Oleh kerana saya tidak mahu membelikannya, saya berkata "No.. no.. I don't have the money!"(fikir balik, tak patut saya kata begitu). Esoknya dia bangun pagi dan mengikut saya ke ladang. Dipetiknya dalam sebakul setengah dan bertanya, is this enough to get the money for my baloon? Saya tersenyum sendiri. Sekarang dia sudah faham akan konsep berusaha dan jual beli/berniaga.

Telah dinyatakan dalam Hadis bahawa 9/10 sumber rezeki adalah melalui perniagaan.

"..kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)" - Surah al-Jumaat, ayat 10

Memperkenalkan anak saya dengan konsep perniagaan adalah salah satu ilmu yang saya harap akan memupuk kefahaman berniaga. Memang saya merancang untuk membawa mereka berniaga jika mereka 'berakal sedikit' nanti. Ikutkan, sekarang ni pun anak saya menjerit -jerit berlakon berjualan. Pendedahan ini bukannya untuk mendera anak saya tetapi untuk memupuk semangat berniaga dalam diri mereka. Supaya bila dewasa kelak mereka tidak bergantung kepada orang lain untuk mencari rezeki. Ramai dari kita yang tahu dalam Islam itu 9/10 punca rezeki datang dari perniagaan. Walaupun kita tahu begitu, yang sedihnya bangsa lain yang anaknya diajar berniaga dari kecil seolah2 menyahut seruan 9/10 itu, sedangkan orang Melayu menjauhkan diri dari perniagaan. Saya percaya jika kanak-kanak diajar dari kecil, mereka akan melihat dunia dalam perspektif yang berbeza dari orang yang hanya didedahkan perniagaan hanya pada waktu dewasa. Mereka akan melihat lebih banyak peluang perniagaan, lebih kreatif dalam perniagaan dan lebih motivasi dalam berniaga. Jika diteliti buku 'World Bestseller' Barat yang bertajuk "Rich Dad, Poor Dad" oleh Robert Kiyosaki, beliau menekankan pendedahan awal semasa kanak-kanak untuk seseorang itu maju dalam bidang perniagaan di masa dewasanya kelak. Sekarang tak perlu kita bertanya kenapa orang kita yang mempunyai degree dalam perniagaan masih gagal dalam berniaga jika lawan perniagaannya adalah bangsa lain yang telah dibiasakan sejak dari kecil untuk berniaga.

Rasulullah mengalakkan kita sebagai umat Islam mencari kekayaan, salah satunya melalui perniagaan, kerana dengan kekayaan seseorang itu mampu membuat amal kebajikan yang lain seperti menunaikan zakat dan bersedekah. Lebih ramai pemberi zakat dari penerima yang layak menerima zakat, lebih makmur dan kukuhlah negara Islam tersebut.


Dibawah adalah video Darwisya, anak sulong saya yang berumur 3 tahun bekerja memetik cendawan di ladang kami pada waktu pagi dengan masih berbaju tidur (belum mandi la tu..). Untuk pengetahuan, Darwish akan menolak troli untuk pekerja saya gunakan bagi memindahkan bakul2 cendawan.






Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara...