Skip to main content

Party untuk Darwisya

Majlis keraian atau 'party' ini saya sengaja buat untuk memaklumkan pada anak saya dengan bahasa mudah... 'saya sangat gembira dengan kejayaannya'. Dengan cara ini juga saya dapat menggembirakannya hingga anak saya bertanya bilakah party seperti itu akan diadakan lagi. Jawab saya... jika dia telah khatam al Quran. Bukan apa pun, cuma jemput anak anak saudaranyanya, beli party hat untuk semua orang, kek yang dicucuk lilin, dll. Mungkin ada yang berfikir tidak molek untuk meraikan dengan 'berparty', tetapi saya rasa tidak salah untuk melakukan sesuatu yang di sukai oleh anak kita jika itu boleh memberi motivasi padanya. Tambahan pula saya tidak pernah membuat apa-apa majlis untuk mana-mana anak saya sejak mereka lahir. Majlis kenduri akikah ke, majlis kenduri cukur jambul ke, majlis hari jadi atau hari menjadi ke... kedua-dua anak saya tidak pernah merasa. Kedua mereka dah diakikahkan/ditahnik, namun ia dibuat tanpa majlis keramaian. Berbalik pada pengajaran darwisya, saya akan memberhentikan fokus saya pada hafazan dan meneruskan dengan mengajarnya membaca al quran hingga dia khatam. Untuk setakat hari ini, setelah dia menghafaz 30 surah, saya perhatikan bacaannya sudah semakin lancar. Ini memudahkan untuk saya mengajarnya membaca Quran hingga khatam dan saya berharap anak saya berkhatam sebelum umurnya 4 tahun nanti. Oleh kerana saya tidak pernah membuat sebarang majlis untuk anak-anak saya, saya bercita-cita (berangan-angan la ni!) nak mengadakan Majlis Khatam Quran Darwisya serentak dengan Darwish, adiknya. Buat sekali untuk jimat kos. Hehe... Darwish masih lagi pakai flashcard dan tidak lama lagi saya akan mula mengajar Darwish menggunakan buku al Furqan 1. Flashcardnya pun dah hampir lunyai/hancur akibat digigit, dikeronyok dan sebagainya. Dia akan menjejaki cara kakaknya juga dengan menghafal 30 surah terakhir sebelum saya fokuskan dia kepada membaca untuk khatam quran.






Semua orang dah memakai party hat dan eye mask sambil meniup blower tu termasuk Darwisya dan Darwish. Bisingnya malam tu tak taulah. Tapi yang penting, mereka happy..



Bukan Birthday Darwisya hari tu tapi semua budak-budak keliling nyanyi lagi Happy Birthday to You.. Happy Birthday to youuuu.. Lepas tu tiup lilin. Budak-budak kalau dapat kawan dan perhatian biasa lah mereka... Seronok!







Foto adik beradik buat kenangan..




Comments

lina said…
Comel nya darwisha. Semoga berjaya membaca al quran dengan baik.

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...
Untuk pengetahuan, sebelum darwisya membuat persembahannya disekolah tersebut, dia telah pun memperdengarkan surah yang sama pada Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah terkenal di bahagian utara tanah air. Setelah mendengarnya, beliau bertanyakan persetujuan saya untuk membenarkan dan membawa darwisya untuk membuat persembahan didepan Menteri Besar Perak yang akan hadir sempena sambutan Maulidur Rasul Pusat Pendidikan yang diasaskannya nanti. Selepas mendapat persetujuan suami, saya pun bersetuju sahaja. Bagi saya dan suami saya, ini mungkin boleh dijadikan peluang untuk memperkenalkan apa yang saya ingin perkenalkan selama ini iaitu pendidikan awal Quran pada kanak-kanak kepada lebih ramai ibubapa diluar sana. InsyaAllah.

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email