Skip to main content

Perasaan Seorang Ibu Sebelum Anak Ke Atas Pentas

Satu hari di Akademi Darul Huffaz...

Ustaz: Saya nak anak puan membacakan surah Al Buruj masa konvokesyen nanti.

Saya : Eh, ustaz.. dia tak pernah baca atas pentas dan dikhalayak ramai. Nanti takut dia tak boleh atau tak mau baca pula. Lagi pun, tu 2 hari lagi nanti tu ustaz!

Ustaz : Takpe, kamu dok atas pentas dengan dia supaya dia tak takut.

Saya : Saya rasa elok kita tengok keadaanlah nanti.. Kalau anak saya tak mau, saya tak boleh buat apa. (Dalam hati.. tak mungkin saya nak naik pentas juga kot)

Tak pernah buat dan tiada rehearsal amat membimbangkan saya. Tapi mengenangkan anak saya baru 3 tahun saya memujuk diri saya jika apa pun berlaku nanti, tiada apa perlu dibimbangkan kerana orang tau dia masih kanak-kanak. Begitulah perasaan saya.

Tapi bila tiba masa yang dinantikan, pada malam konvokesyen tersebut, anak saya melakukannya seolah dia telah biasa melakukannya. Dia naik keatas pentas dengan penuh yakin, dia membaca dengan lancar dan tanpa sebarang kesalahan dan akhirnya mendapat tepukan gemuruh! Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya. Tergamam saya di tepi pentas melihat anak saya sendiri. Alhamdulillah..Alhamdulillah! Hanya dengan pertolonganNya tiada apa pun mustahil.

Balik dari malam konvokesyen tersebut saya teringat akan bagaimana suami saya selalu membiasakan anak-anak saya berada diatas pentas kosong. Mungkin ini yang menyebabkan dia tidak takut diatas pentas. Asal ada mana-mana pentas yg tak digunakan, (pentas yg mungkin malam ada performance, siang disediakan dulu) suami saya akan meletakkan anaknya untuk bermain dan berguling diatasnya tanpa kisahkan orang yang melihat anak-anaknya hingga menyebabkan mereka terbiasa. Apapun, melihat ramai orang memerhatikan dia membaca bacaannya, saya tidak pernah biasakan atau lakukan sehinggalah malam tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Peserta paling muda, Darwisya Adrianna berumur 3 tahun 2 bulan sedang mempersembahkan Surah Al Buruj.

Tergamam saya bila dia pegang microphone sambil melagukan surah Al Buruj. Macam dah biasa je..

3 gambar yang agak kabur diatas ini saya ambil dalam keadaan yang 'menggelabah', video yg diambil jadi berkerat kerat. Gambar ini saya ambil dari video tersebut. Nak masukkan video, ianya tak sempurna. Saya cadang nak minta video dari ustaz nanti kerana dia juga ada merakamnya. Kalau dapat, saya akan downloadkan disini.



Para jemputan datang dari berbagai negara. Ada Indonesia, Somalia, Pakistan dan ada lagi disebutkan lain tapi saya tak ingat.



Ucapan daripada salah seorang pengarah Akademi Darul Hufaz dalam dewan majlis Sri Melati, Perbadanan Putrajaya.




Comments

Ilyana Ar Razi said…
salam perkenalan.

puan tinggal di mana? saya ilyana, tinggal di saujana impian kajang.

akedemi darul huffaz ni di kajang kan? berhampiran dengan giant.
AMIEROZIANA said…
assalamualaikum......

sangat teruja....u r dgreat mom..
Lina said…
Salam Ilyana,

Ya, memang disana tempatnya.
Lina said…
Salam Amieroziana,

Alhamdulillah segalanya dengan izin Allah. Kita berusaha apa yang mampu untuk menunaikan amanah yang Allah titipkan kepada kita dengan sebaik mungkin.

Jika ziana singgah di blog saya, tentu kerana usaha mencari ilmu mendidik anak juga bukan? You are a great mom too!

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...
Untuk pengetahuan, sebelum darwisya membuat persembahannya disekolah tersebut, dia telah pun memperdengarkan surah yang sama pada Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah terkenal di bahagian utara tanah air. Setelah mendengarnya, beliau bertanyakan persetujuan saya untuk membenarkan dan membawa darwisya untuk membuat persembahan didepan Menteri Besar Perak yang akan hadir sempena sambutan Maulidur Rasul Pusat Pendidikan yang diasaskannya nanti. Selepas mendapat persetujuan suami, saya pun bersetuju sahaja. Bagi saya dan suami saya, ini mungkin boleh dijadikan peluang untuk memperkenalkan apa yang saya ingin perkenalkan selama ini iaitu pendidikan awal Quran pada kanak-kanak kepada lebih ramai ibubapa diluar sana. InsyaAllah.

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email