Skip to main content

Sijil Hafazan 30 Surah Terakhir pada umur 3 tahun

Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Bermain tidak boleh dipisahkan daripada mereka. Sedang pelajar lain berserta ibubapa mereka duduk dengan berhemahnya di tempat masing-masing semasa majlis berjalan, saya pula selalu cuba mengawal kelakuan anak saya yang sentiasa diluar kawalan kerana tidak mahu duduk diam. Tertahan-tahan suara memarahi mereka tapi marah sekejap, diamnya sekejap sajelah. Kemudian mula menakal semula. Masuk bawah kerusi sini dan keluar bawah kerusi sana. Berguling dan berlari.. Aduuuh.. itulah Darwisya saya! Mata kena tajam memerhatikan kemana dia pergi kerana takut tak jumpa dimana dia waktu namanya dipanggil untuk penyampaian sijil atau persembahannya nanti. Itulah keadaan saya dan anak saya semasa saya pergi ke konvokesyen anak saya.



Berpegang tangan berjalan membawa adiknya entah hendak ke mana tu.


Ada kawasan lapang di sudut sebelah kiri pentas didalam dewan digunakan sepenuhnya oleh anak-anak saya untuk berguling-guling dan berlari. Buat macam rumah sendiri dah..



Eh, mana kasut tu darwisya oooii.. Nanti nak naik pentas, mana mama nak carikan kasutnya tu..

Ini dia yang mama saya suruh naik atas pentas ambil tadi..


Pengiktirafan secara rasmi Darwisya telah menghafal 30 surah terakhir.


Alhamdulillah anak saya dah dapat sijil. Saya bukan kisah sangat sijil tersebut, kerana tujuan saya memasukkan anak saya ke Akademi ini adalah untuk memastikan apa ilmu asas pengajian al Quran anak saya adalah tidak salah atau tersalah ajar. Sijil ni adalah satu bonus yang tak disangka-sangka. Untuk pengetahuan, sijil tu dah terkoyak pun dia. Nanti nak kena selotep baliklah.




Comments

nurayunni said…
tahniah..
nanti da de anak nk bt cam nie lar..insyaallah..

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...
Untuk pengetahuan, sebelum darwisya membuat persembahannya disekolah tersebut, dia telah pun memperdengarkan surah yang sama pada Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah terkenal di bahagian utara tanah air. Setelah mendengarnya, beliau bertanyakan persetujuan saya untuk membenarkan dan membawa darwisya untuk membuat persembahan didepan Menteri Besar Perak yang akan hadir sempena sambutan Maulidur Rasul Pusat Pendidikan yang diasaskannya nanti. Selepas mendapat persetujuan suami, saya pun bersetuju sahaja. Bagi saya dan suami saya, ini mungkin boleh dijadikan peluang untuk memperkenalkan apa yang saya ingin perkenalkan selama ini iaitu pendidikan awal Quran pada kanak-kanak kepada lebih ramai ibubapa diluar sana. InsyaAllah.

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email