Skip to main content

Darwisya di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, Kuala Lumpur

Saya rasa sungguh sangat terharu bila orang yang saya kagumi selama ini mengagumi anak saya pula. Ceritanya apabila 2 bulan lepas saya dan suami saya berjumpa dengan Ustaz untuk pertama kali, anak saya sibuk mahukan gula-gula yang berada berdekatan dengan beliau semasa saya dan suami sedang bercakap. Maka kerana sudah kebiasaan, anak saya tahu dia perlu membacakan apa-apa surah sebelum medapatkan hajatnya itu. Pembacaannya didengar oleh Ustaz hingga beliau bertanya sejak bila anak saya mula diajar untuk belajar Al Quran dan berbagai soalan lain. Oleh kerana ustaz juga mempunyai Pusat pendidikan, Pusat Tahfiz dan Sekolah Agama untuk pelajar pelbagai peringkat umur, beliau menyatakan adalah terlalu muda untuk kanak-kanak mempunyai kebolehan seperti itu. Alhamdulillah, dari situlah timbul pertanyaan untuk saya membenarkan Darwisya membaca di ceramahnya.


Darwisya didepan salah satu banner ceramah Ustaz Kazim di Jalan AU2, Keramat, Kuala Lumpur. Kami keluar dari rumah lebih awal pergi cari masjid yang diberikan alamatnya oleh Nazir Masjid melalui telefon, takut tak jumpa malam nanti dan terserempak dengan banner ini yang ada ditulis nama Darwisya sekali. Foto kenang-kenangan bila dia dah besar nanti.



Darwisya di luar perkarangan Masjid sebelum persembahan.. Uncle, uncle nape tak nak masuk dalam yek?


Dianggarkan ada lebih 500 orang yang menghadirkan diri.. Ni pemandangan bahagian lelaki, belum masuk bahagian wanita dan yang berada di luar corridor masjid. Di luar perkarangan masjid pula terdapat gerai-gerai jualan pelbagai barangan. Meriah..

Darwisya melakukan bacaan hafazan. Darwisya berasa tidak selesa dengan collar mic yang disangkutkan pada bajunya. Dia lebih selesa dengan mic biasa. Ini menyebabkan ustaz terpaksa memegangkannya sepanjang bacaan. Yang melucukan bila darwisya menyebutkan tentang hukum bacaan yang perlu 'didengungkan' pada ustaz yang menyebabkan semua yang berada dimasjid tergelak.






Untuk pengetahuan, saya menambah ilmu agama saya yang cetek ini dengan selalu mendengar ceramah ceramah Ustaz Kazim. Lain orang lain citarasanya. Tetapi bagi diri saya, hati tertarik untuk mendalami dengan Ustaz Kazim kerana cara penyampaian ilmu dari hadis dan quran dikaitkan dengan keadaan dan kejadian semasa dengan cara yang sangat bersahaja hingga membuatkan orang ketawa. Setakat ini saya anggarkan ada dalam 50 VCDnya yang saya miliki. Yang paling berharga yang saya fikir semua ibubapa perlu ada adalah VCD bertajuk 'Doa Untuk Anak'. Ilmu yang ada didalamnya tidak ternilai. Pernah saya berkata dengan suami saya kalau di takdirkan dia pergi dulu dan anak-anak pula sudah besar nanti, saya akan menghabiskan masa-masa tua saya di Pusat Pengajian Pondok beliau. Namun segalanya terserahlah pada takdir yang Maha Bijaksana mengatur segalanya untuk saya..

Bagi sesiapa yang tidak pernah mendengar tentang Ustaz yang saya sebutkan ini, cubalah beli CD/VCD 'Doa untuk Anak' itu sebagai permulaan. Blog Ustaz Kazim boleh dilayari di http://www.albarakah.org/


Berbalik kepada Majlis Ceramah tersebut, selepas Darwisya selesai membacakan hafazannya dan duduk semula didepan saya, ada seorang wanita Arab menghampiri Darwisya dan memperkenalkan dirinya sebagai penterjemah buku dan guru bahasa Arab. Beliau mencium Darwisya berkali-kali serta mengambil gambar anak saya dengan kamera handphonenya serta berkata dia teringin hendak mengajar Darwisya Bahasa Arab secara ikhlas. Aduh, peluang yang sungguh tak disangka tapi malangnya saya duduk jauh dari Kuala Lumpur. Untuk pembaca blog di kawasan Kuala Lumpur yang mencari guru Bahasa Arab di kalangan orang Arab, saya sertakan namecardnya ni..

Guru Bahasa Arab Warga Arab yang menawarkan diri untuk mengajar Darwisya secara ikhlas. Imej tak jelas.. T Faiza Mohamed Ali Abeela, Phonenya : 016 2341376, emelnya faiza abeela 001@yahoo.com




Macam ni la anak mama. Tak mau gaduh-gaduh. Semalam Darwish menangis nak ke depan ikut Kak Wisyanya membacakan hafazannya di khalayak ramai. Selalulah jadi begitu. Setiap kali persembahan, Darwish akan menangis untuk ikut serta ke atas pentas atau ke depan. Kalau dah boleh membacanya takpe! Ni bercakap pun masih hujung-hujung lagi. Nantilah dulu Darwish ya. Ok, masa untuk mengaji. Meh kat mama.. Darwish Iqra dulu, lepas tu Kak Wisya ye..

Seperkara lagi.. Saya tak sangka ada yang mengenali saya sebagai penulis blog ini semasa menghadiri majlis lain. Saya tahu bila ada pembaca blog yang menulis komen tentang Majlis tersebut di ruangan komen. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah di blog anak saya yang tak seberapa ini. Majlis yang saya maksudkan diadakan pada awal bulan ini. Ia adalah Majlis Luncheon Talk bersama Dato' Mohd Salleh Abd Majid, Penganalis Ekonomi di Hotel Holiday Inn, Glenmarie tentang Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebelumnya di Hotel ShangriLa. Pada Majlis tersebut pelbagai perkara di bincangkan.

Yang paling menjadi perhatian saya adalah fakta tentang orang Melayu di Malaysia. 67% penduduk Malaysia adalah Islam Melayu. Kita adalah majoriti namun yang sedihnya kita lemah dalam segala bidang yang penting terutama bidang ekonomi. Peratus Melayu tinggi di hal hal yang tidak berguna. Contohnya, 90% di pusat Serenti adalah Melayu, begitu juga di mana mana penjara, atau di luar penjara seperti di tepi jalan merempit dan pelbagai yang tidak berguna di kuasai oleh anak-anak Islam Melayu. Dalam bidang pendidikan contohnya, bangsa Islam Melayu selalulah menjadi pilihan terakhir pihak korporat multinasional kerana kepincangan Bahasa Inggeris di kalangan graduan kita. Sebab itu saya tekankan tentang pendedahan bahasa Inggeris kepada anak-anak kita seawal mungkin. Saya harap ibu-bapa dapat mengubah keadaan orang Islam Melayu pada generasi akan datang dengan sama-sama berusaha membentuk pelapis generasi yang berada di tangan kita (anak-anak kita) pada ketika ini. Tangan yang menghayun buaian.. boleh mengoncang dunia. Bangun atau jatuhnya Islam dan Melayu di masa akan datang ada di tangan kita.

Majlis Luncheon Talk bersama Penganalis Ekonomi, Dato' Mohd Salleh Abd Majid di Holiday Inn Hotel, Glenmarie.

Untuk yang menghantar pertanyaan kepada saya bagaimana hendak mendapat buku, Flashcard dan VCD, mungkin tak perasaan akan link saya sertakan. Boleh saja klik di bawah banner yang bergerak ini.



Comments

ibunoor said…
Salam kenal, salam ziarah sis...alhamdulillah...tahniah dapat mendidik anak hingga ke peringkat yang amat membanggakan...Moga berada dalam rahmat Allah selalu, insyaAllah...

Teruskan menulis sis...minta izin untuk saya letakkan link ini ke dalam blog saya ya...
Lina said…
Alhamdulillah..

Terima kasih kepada Ibunoor. Perjalanan saya untuk mendidik anak2 masih jauh. Sama-samalah kita berdoa untuk menjadi ibu yang berjaya.
lina said…
Tahniah Puan, saya telah mendengar sendiri bacaan Darwisya sangat membanggakan...alhamdulilah tahniah kepada puan dan anak.
Lina said…
Salam Puan Lina.. Terima kasih atas sokongan. Perjalanan kita masih jauh..
edah said…
Salam Puan,

Kagumnya saya dengan ketekunan puan mengajar darwish dan darwisya..

Anak saya sudah berusia 2 tahun 2 bulan..sukarnya mendapat kosentrasi anak untuk belajar..saya bukakan CD alfurqan berulang kali, namun masih belum dapat mengenal huruf2nya..
cuma, dia minat benar dengan lagu2 Al-Furqan..

Apa tips yang boleh puan kongsikan?

sya dah lama link blog puan dalam blog saya..hari ni baru minta izin ya. :)
RAFIDAH said…
SALAM.SAYA SUKA MEMBACA BLOG PUAN YG TAK HENTI2 MEMBERI ILMU UNTUK
DISAMPAIKAN
KPD SEMUA PEMBACA BLOG,TAHNIAH.SMOGA USAHA PUAN DIBERKATI ALLAH AMIN.
SAYA MELIHAT KEDUA2 ANAK PUAN ANAK YG RASANYA TAK ADA MASALAH DARI SEGI KELAKUAN,SEMUA
NYA MENDENGAR KATA.SEJUK MEMANDANG MEREKA.
APA RAHSIA PUAN MENDIDIK ANAK,SAMPAI BEGITU LEMBUT HATINYA.TQ.ATAS ILMU YG TAK TERNILAI.
Thank you so much for this Templates & images. I really enjoyed reading this blog. These types blogs will encourage our self to get knowledge about this types. Thanks looking for more good techniques..and thanks for sharing this most important information..... . I want to let you know that I posted a link to your blog in quran
Thank you so much for this Templates & Freebies. I really enjoyed reading this blog. These types blogs will encourage our self to get knowledge about this types. Thanks looking for more good techniques..and thanks for sharing this most important information..... . I want to let you know that I posted a link to your blog in quran
Lina said…
To Puan Edah, Rafidah, Siti and Rintusir Cuttack,

It is my intention to share my knowledge in early quranic education among children.

Thank you for the support and encouragement.
Mr and Mrs S said…
salam Puan,
boleh beri details mengenai guru bahasa arab tersebut?
gambar name card dia kabur.
terima kasih
Amoi Ida said…
Salam Ukhti Lina

Saya silent reader sebelum nie, dan ada linkkan blog ini ke blog saya..maaf baru beritahu..saya gembira dapat tahu blog ini dan berharap dan berdoa agar dapat melakukan yang sama terhadap anak saya..

Oleh kerana anak saya 3 orang dan yang paling tua 6 tahun, yang kecil sekali 2 tahun, jadi ia mencabar kesabaran dan kewibawaan saya untuk mengajar..harap puan boleh kongsi atau beri tips2 untuk mendapatkan fokus anak-anak yg berlainan peringkat umur.

Saya yakin puan tahu mengenai adik muhammad ahmad zahid yang dikenali ramai kerana menghafaz al-quran dalam usia yang muda walaupun anak puan lebih muda.

Saya ingin bertanya, apa pendapat puan antara memfokuskan anak terhadap al-quran sahaja sehingga dia berjaya menghafal semuanya atau semua dibuat dalam satu masa..adakah ia akan membebankan anak2 atau tidak?

Terima kasih atas perkongsian..

Salam perkenalan dari saya :)
ummu said…
Salam Sis
Alhamdulillah,syukur pada Allah.Tahniah ya sis.
saya suka baca entry sis,sesekali je saya berkesempatan tinggalkan jejak,teruskan ya sis.semoga Allah memberkati usaha murni sis.
Rizza said…
Salam,

Tahniah dan gembira melihat anak comel sudah menghafal surah2 Al- Quran. Kagum.
Syabas ibunya, terima kasih sudi berkongsi ilmu2 anda.
RAFIDAH said…
puan mana nak dpt vcd doa utk anak tu,masih ada lagi ke dijual
Amri dan Aishah said…
MasyaALlah...saya kagum dgn kelebihan yg ALlah berikan kpd anak puan yg blh membaca al-quran pd peringkat umur yg awal....semoga terus istiqmah dlm menuntut ilmu ALLAH
RAFIDAH said…
tq,puan lina saya dah dpt vcd kebetulan saya ke psar malam tengok ada plak tajuk DOA UNTUK ANAK, lantas saya terus membeli nya,memg betul sungguh berguna untuk kita di zaman yg penuh mencabar dlm mendidik anak2.syukran..
mrs.ecam said…
salam knal...
alhamdulillah sye mmg tercari2 blog mcm akak buat ni tuk sye ajar ank2 sye...insyaallah...thanks pd rakan yg bg add blog ni...smoga kt sme2 beroleh ilmu pngetahuan dr penulisan akak ni insyaallah....
lina said…
salam puan, sudi2 la menerima award dr blog saya. Tanda sy sgt menhargai usaha puan utk kebaikan semua secara am nya. Insya Allah
Anonymous said…
salam puan, saya cuba dapatkan vcd doa utk anak dlm web ustaz karim tu..tp diorg ckp x jual..puan tau x selain dr ctu kat mana lg sy blh dptkan vcd tu?
terharu sgt dgn cara puan didik anak..
Ummiross said…
Alhamdulillah,sejuk perut ibu mengandung,selamat maju jaya insyAllah
Hayatul said…
salam kenal dan salam ziarah juga...

terima kasih atas sharing yang sangat2 berguna.

saya studi2 di internet dan kutip2 pengalaman2 orang ttg cara mendidik anak.

inshaAllah tak lama lagi akan dikurniakan seorang cahaya mata..

sangat tertarik sekiranya akak dapat sharekan timeline "pendidikan" yang akak gunakan since anak2 baru lahir...
minggu ni selalu buat apa, nak focus di mana etc..

looking forward to keep in touch dgn akak lagi .
my emel address twox11@yahoo.com

wassalam

terima kasih sekali lagi
salam alaik..akk,mohon izin link blog n copy artikel ya..jazakumullahu khairan kathira!=)
faiz said…
Salam.
Pertama skali saya ingin mengucapkn tahniah pada adik darwisya.Saya suka baca blog puan.Saya teringin nak ada anak mcm tu..
Saya sudah mendirikan rumah tangga selama 2 tahun.tapi tak de rezeki lagi...
Sejuk hati saya klau saya tgk muja darwisya dan tenang setipa kali saya blog ttg darwish n Darwisya..
Comel...
Sekarang jadi kemestian,
Bila sampai office, mesti saya akan bkk blog ni dulu..
tgk muka darwisha..
baca kisah2 ttg dia..
bru saya start buat keje...
klakar bunyi dia kn..
mudah2 han sya dikurniakn anak yg mcm itu...
Insyaallah...
Maaf klau menggangu Puan.
Sampaikn salam saya pada darwish n Darwisya...
Klau ada masa yg lapang, singgah la di Blog saya yg x seberapa ni...
www.lanmim.blogspot.com.
T.Q.
yusleeza said…
terima kasih kak lina diatas perkongsian maklumat yang tidak ternilai harganya ini... Moga ilmu yang puan curahkan dalam blog ni dapat yus jadikan panduan dalam mendidik anak2 yang sedang membesar.

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara...