Skip to main content

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad.

Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun.

Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Arabic School, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.
Terus terdetik rasa tertarik di hati dengan info ini..




"International Modern Arabic School, The First Fully Intergrated Arabic School in Malaysia".


 Rasa syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya timbul juga maklumat tentang sekolah yang saya cari walaupun sekadar di atas skrin komputer. Maaf kerana tidak dapat berkongsi dengan pembaca kerana selepas 3 hari berturut-turut saya keluar masuk website tersebut, hari ke 4  ia pun hilang! Mungkin web hostingnya expired. (http://www.imasmalaysia.com) Untuk menjadikan cerita ini lebih pelik lagi, saya pergi ke sekolah tersebut, untuk saja melawat dan bertanya tentang syarat kemasukkan, kelayakkan umur, yuran dan sebagainya. Tentu saja dalam fikiran saya, ianya untuk persekolahan Darwisya Januari 2011 nanti dimana Oktober ini umurnya baru akan mencecah 4 tahun. Sekali lagi saya terkejut bila diberitahu sesi persekolahan adalah bermula pada bulan September dan tarikh tutup untuk mendaftar adalah 7 hari lagi !

Alhamdulillah, Darwisya telah mendaftar masuk walaupun tidak cukup umur beberapa bulan dari umur kelayakkan sekolah tersebut. Dia telah mendaftar sebagai pelajar Kindergarten KG1 dan akan mula bersekolah pada bulan  September ini. Sekarang sekolah tersebut sedang bercuti musim panas. (Saya di beritahu kebanyakkan International School mempunyai cuti yang sama)

Untuk pengetahuan, sukatan pelajarannya adalah mengikut kurikulum International Cambridge (UK) bagi subjek Matematik, Sains dan English. Seorang ibu yang juga guru sekolah kerajaan, mendaftar untuk anaknya di sekolah itu menyatakan pada saya, bagusnya curriculum mereka adalah matematik untuk anak umur 6 tahun sudah diajar subjek multiply atau pendaraban.

Subjek lain selain dari subjek diatas seperti Social Religion, Hadith, Quran, Arabic Language diajar dalam Bahasa Arab. Sewaktu saya melawat sekolah tersebut, hanya puan ini (guru sekolah kerajaan yg mendaftarkan untuk anaknya) ini sahajalah yang berbangsa Melayu, yang lainnya adalah orang Arab (pengunjung). Petugasnya dari bahagian Admin hingga ke Finance juga adalah orang-orang Arab.

Mengikut data 2009 sekolah ini, jumlah bilangan pelajar keseluruhannya adalah seramai 528 orang. Manakala tenaga pengajarnya seramai 63 orang dengan 18 orang guru lelaki dan 45 orang guru perempuan. Ini bermakna ratio yang baik 1 guru : 10 murid. Para pelajarnya juga terdiri daripada pelbagai negara seperti Palestin, Iran, Iraq, Yaman, Urdu, Bosnia, Malaysia, Singapura dan sebagainya.

Sewaktu saya mendaftarkan Darwisya, saya diberitahu dalam kelas Darwisya nanti 80% kanak-kanaknya adalah dari negara Arab yang boleh bertutur dalam Bahasa Arab. Hanya 20% sahaja yang tidak boleh berbahasa Arab (Malaysia, Singapura dll). Anak saya dalam 20% inilah nampaknya. Guru-gurunya adalah dari negara Arab kebanyakkannya dan ada yang dari Singapura (mungkin guru untuk subjek matematik atau English). Kesimpulannya, bagi saya, inilah tempat terbaik untuk darwisya belajar berBahasa Arab dengan keadaan sekeliling, kawan-kawan dan guru yang sentiasa akan berbahasa Arab dengannya.


Satu gambar yang saya ambil dari satu website tentang lawatan ahli World Assembly of Muslim Youth Malaysia (WAMY) ke International Modern Arabic School (IMAS). Gambar ini mungkin sedikit sebanyak dapat menggambarkan kepada pembaca blog saya tentang pelajar, gurunya serta keadaan di sekolah tersebut.





Sekolah ini juga mengadakan Pertandingan hafazan al Quran yang disertai oleh sekolah-sekolah agama sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk tahun 2009, seorang pelajar dari sebuah sekolah tempatan, Sekolah Agama ADNI, Kuala Lumpur telah memenanginya. Emm.. tuan rumah tak menang apa-apa. Untuk pengetahuan, usia sekolah ini baru 2 tahun, mungkin tak sempat nak latih pelajarnya lagi.. Ia juga pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah Expatriat Arab Saudi, yang terletak di kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur.

Ia mungkin bukan sekolah yang sempurna dari segala segi tetapi bagi saya ia telah memenuhi apa yang saya cari. Semoga Darwisya punya ramai kawan dan seronok belajar disana.






















Tadika Darwisya yang terpisah dari bangunan sekolah rasminya.









Bergambar di pintu gerbang sekolah. InsyaAllah tahun depan Darwish boleh sekolah sama Kak Wisya ye..











Rasanya pihak sekolah kena tukar signboard yang baru ni..








Mendaftar di tadika Arab yang bakal menjadi sekolah Darwisya tidak lama lagi membuatkan saya terimbas kembali waktu melawat tadika di sebuah kawasan elit bandar Alexandria, Mesir, dimana disana kanak-kanak diajar 3 bahasa (Arab, Peranchis dan English). Bayangkan saya pergi melancong negeri orang untuk melawat tadika! Seronoknya saya hingga saya berangan jikalah tadika sepertinya berada di Malaysia. Hikmah dari lawatan tersebut menyebabkan saya memasang impian untuk mengajar 3 bahasa kepada anak saya di zaman kanak-kanaknya lagi (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab). Dan kini ianya semakin menjadi kenyataan. Mengikut kata pakar, otak kanak-kanak berada dalam keadaan terbaik dan lidah mereka masih lembut menyebabkan mudah untuk mereka menyerap bahasa bahasa yang didedahkan dan menguasainya beserta linggo bahasanya seolah-olah mereka dari rumpun bangsa bahasa tersebut jika didedahkan dengan penutur asal dari bangsa bahasa tersebut. Sebagai mengimbas kenangan, dibawah adalah gambar kami melawat tadika tersebut yang terletak di Alexandria, Mesir.











Band mengalukan kedatangan kami serta mereka yang lain sebelum menyaksikan Pyramid Light Show







Darwisya bermain buai di sebuah tadika di Alexandria, Mesir sambil diperhatikan oleh pelajar tadikanya. Yang tolong buai tu, pembantu saya. Dialah yang menjaga Darwisya ketika saya keluar bekerja.










Dua guru Arab dalam satu kelas melakukan aktiviti bersama














Sand pit untuk kanak-kanak bermain dibawah pengawasan guru mereka




























Jalan masuk ke sebuah Taman Bunga di Alexandria. Kenal deretan pokok ditepi jalan tu?

























Darwisya di tepian pantai Alexandria. Sejuuuuk...



















Bergambar di Lobby Hotel Alexandria












Darwisya bergambar dengan kanak-kanak sekolah yang datang membuat lawatan ke Masjid bersejarah.














 Pintu masuk ke Makam Imam Shafie















Darwisya bermain pasir padang pasir. Biarkan dia main..





























 Berlari di lapangan depan Muzium Kaherah yang menempatkan banyak mumia firaun yang diawetkan. Satu perasaan timbul selepas melawat mumia2 tersebut. Tidak kiralah satu dunia pun kekayaan mereka, bila sudah tidak bernyawa.. sedih juga keadaannya.




Berbalik dalam faktor kemampuan dalam memilih sekolah tadika seperti yang saya sebutkan dalam entri sebelum ini, keterbatasan saya adalah dari segi jarak dan masa dalam menghantar darwisya ke sekolah yang telah saya pilih ini. Sekolah tersebut terletak jauh dan mengambil masa sejam pergi dan sejam balik untuk menghantar. Secara keseluruhannya, saya perlu mampu menghabiskan masa 4 jam di jalanraya setiap hari dari Isnin-Jumaat menghantarnya. Atau cara lain adalah dengan berpindah. Dengan pilihan rumah di kawasan elit bandar KL ini (Bukit Tunku dan Kenny Hills) yang agak kecil dan mahal, menyebabkan saya enggan berpindah. Maka keterbatasan masa menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menjual sebahagian besar pegangan saya dalam syarikat saya kepada orang lain. Ini membolehkan saya mengurangkan masa menguruskan perniagaan dan lebih masa menguruskan persekolahan anak saya nanti. Kini peranan saya dalam syarikat lebih kepada konsultan dan tidak lagi terlibat sepenuhnya dalam pengurusannya. InsyaAllah minggu ini saya ke pejabat peguam untuk urusan ini. Memang sukar untuk melepaskan perniagaan yang telah terbina hampir 10 tahun lalu tetapi dalam hidup kita perlu tahu memilih mana yang utama. Saya melepaskan SAHAM DUNIA perniagaan saya untuk melabur dalam SAHAM AKHIRAT saya.



Dibawah adalah presentation terakhir saya yang diadakan di bilik mesyuarat menteri di Putrajaya awal bulan ini. Saya titipkan sebagai kenang-kenangan untuk diri saya sendiri sebelum saya melepaskan sebahagian besar pegangan saham perniagaan saya kepada orang lain. Semoga perniagaan tersebut terus maju dengan peneraju baru dan kehadiran saya yang hanya sebagai pemegang minoriti.










Comments

Unknown said…
saya suka ayat "melepaskan pegangangan saham dunia untuk saham akhirat"

so inspiring.. :)
mummy-aulia' said…
sedikit sebanyak terasa betapa pentingnya duit kalau nk beri pendidikan terbaik utk anak2.golongan2 sederhana mcm sy ni,terpaksalah terima saja apa yg ada dlm silibus kerajaan.kalau nk bg extra, pandai2lah sendiri.xmampu nk anta ke international school mcm puan lina..tahniah puan.sy pn dh start pasang dvd al-furqan utk anak sy umur 6bln.semoga dpt ikut jejak lgkah kak darwisya sedikit sebanyak
lina said…
Tahniah Puan lina...pilihan sgt bijak...pandang dgn mata hati...bukan dgn mata kasar.

kpd puan mummy aulia - boleh hantar kesekolah Al- Amin.
Ibu dan bapa adalah guru pertama anak-anak...tahniah Darwish dan Darwisya.
Lina said…
Salam Mummy aulia',

Kekurangan saya adalah saya bukanlah berlatar belakang sekolah ugama yang didedahkan dengan bahasa arab. Maka, saya mencari solusinya disekolah tadika ini. Melihat kepada perkembangan anak buah saya yang bersekolah cina, boleh bertutur dalam bahasa cina dalam hujung tahun pertama di sekolah tersebut, meringankan lagi pilihan saya. Kanak-kanak memang cepat menangkap bahasa. Maka, untuk anak saya, jika keadaan tidak mengizinkan, cukuplah bertadika di sini (2-3 tahun) dan bersekolah rendah di sekolah biasa. Apa yang saya mahu perolehi adalah anak saya menguasai bahasa arab tersebut.. Ini adalah apa yang saya perlu bayar kerana tidak mahu berusaha sendiri untuk menguasainya dan mengajarnya pada anak saya.
amir bukhari said…
Salam,
Pn lina,
pertama skali saya ucapkan terima kasih kerana membrikan komen yg membina pada blog saya.terima kasih juga ada masa untuk singgah di blog saya yg x seberapa tu...:)
Hrp2 apa yg puan komenkn jadi kenyataan...
Tolong doakn kami..supaya mendapat cahaya mata secepat mungkin dan sebijak serta secomel darwisya dan darwish..AMIN..
hhmmm....
Saya senantiasa mengikuti perkembangan dan berita terkini ttg anak2 puan terutam darwisya..
Saya iginkn anak perempuan yg mcm darwisya..
Insyaallah..mudah2 han...
Dan saya juga berharap dapt bertemu dgn Darwisha dan Darwish..
Ni email saya:- lanmim87@gmail.com
Sila email saya ttg apa2 pon...yg boleh dikongsikan..saya doakn yg terbaik buat darwisya&darwish..
Sampaikn salam saya pada mereka dan Ucapan 'gud luck' buat darwisya bagi memulakan sesi pertamanya di Tadika itu nnti..
Salam.
rozana said…
Salam lina,
Terima kasih atas perkongsian tadika. saya juga pernah berhasrat ingin berpindah ke negara middle east agar dapat menyekolahkan anak2 saya dlm culture persekitaran bahasa Arab. Kalau tak keberatan boleh tak Lina berikan alamat Tadika tersebut dan no telefonnya? sebagai persediaan utk anak keempat saya. Insya-ALLAH saya sgt berharap dia dpt mengikut jejak langkah kakak Darwisya.
Unknown said…
salam puan, saya sama macam mummy aulia, dari kalangan yang sederhana dan hanya menerima apa sahaja yang telah kerajaan tetapkan..

blog puan banyak membantu saya dalam mendidik anak saya

terima kasih ^_^
ummuarif78 said…
seronok dgr perkembangan adik wisya yg akan masuk sek.yg boleh saya kira untuk org2 yg berkemampuan bgslah hantar anak ke sek.mcm ni.saya pu teringin tapi saya pun golongan sederhana aje.moga dapat lanjutkan cerita adik wisya ketika dah start masuk sek nanti.tahniah.
saya pun rasa tak mampu nak hantar sekolah yang mahal2 macam ne..

tapi hsbd ada carikan pre-school yang islamic in English medium. SICC tak silap saya.. Boleh Puan bagi pandangan sekolah2 pre-school yang diwar2kan Islamic & English medium ini?

Oh sebelum terlupa saya dah gunakan cara Puan Lina iaiatu pasang CD. Sekarang Amana dah boleh hafal huruf2 alif ba ta walau saya tak memasangnya..sampai ke sa sin dot sod..suka sangat saya mendengarnya!!!
Adiknya Arief yang berusia 10 bulan setiap kali pasang CD ne mmg khusyuk .. Saya harap bila dia mula bercakap dia dah boleh tunjukkan pada saya yang dia hafal alif ba ta & abc & 123..
Harap2nya..Insya-allah
mom-tema said…
Assalamualaikum,

Puan Lina, IMAS nanti dalam beberapa tahun ( 1-2 tahun) akan pindah ke bangunan sendiri di kawasan GOMBAK.Semuga lebih mudah untuk hantar-ambik Darwisya.
Mom-tema
Lina said…
Salam Amir,

Amiiin.. InsyaAllah tak lama lagi dapatlah cahaya mata tu. Kadang-kadang menunggu lebih sedikit daripada orang lain dalam menimang cahaya mata ni menyebabkan kita lebih bersiap dari orang lain dalam membentuk dan mendidik mereka..
Lina said…
Salam Rozana,

Nampaknya anak rozana satu sekolah dengan Darwisya nanti ye. Ni alamat sekolah tu :

Modern Internationa Arabic School
8A Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Fax:(+603) 26947546

E-mail: info@imas.com.my

Web site: www.imas.com.my (nampaknya website dia dah ok)
Lina said…
Salam Mom Tema,

Thanks for the info..
Unknown said…
assalamualaikum, agaknya comment saya nih agak ketinggalan..tetapi saya baru sahajalepas membaca tentang anak puan, Darwisya dan Darwish di dalam sebuah magazine tempatan dan berasa sangat bersyukur dan gembira atas kejayaan anak puan...saya sendiri seorang Ibu kepada anak perempuan saya yg berumur 23 bulan (soon to be 2 years old) and i my self have been everywhere looking for a very good intergrated islamic kinder or play school as i see alot of potential in her...hopefully anak saya Nur Qistina juga dapat opportunity untuk belajar di IMAS jika umur nya boleh di terima kerana....saya amat teruja dan gembira skali melihat anak puan begitu berjaya dalam ilmuan Islam dan harap anak saya Nur Qistina juga dapat mengikut jejak kakak Darwisya insyaallah!...salam kenalan...ibu little Qistina, Nur Aqilah
Akula said…
assalamualaikum pn lina terima kasih atas byk tips yg pn berikan di blog puan saya mohon mintaq share tips2 tersebut di blog saya......
ct aju said…
salam puan lina...
terima kasih kerna berkongsi ilmu serta pengalaman yg amat berharga bersama kami para ibu bapa dlm memberi serta memilih didikan yg terbaik utk anak2.
saya sendiri teruja dalam mencari sekolah yg menekankan integrated islamic dlm sistem didikannya...namun di alor setar xbanyak pilihan yg ada....masih mencari kerana tahun dpn anak sulung sy sudah masuk 4 tahun...
kepada adik darwish & darwisya...tahniah n semoga trus menjadi anak2 yg cemerlang dunia akhirat...n kepada mamanya...syabas n tahniah
desert_flower said…
Assalamualaikum Sister with regards to the International Modern arabic School in KL, did you find out what was the fees like? I have son who is 4 currently studying in egypt too but due to the situation now I am thinking of moving back. I want him to grow up learning the arabic as his first language
Mrs.K said…
Assalamualaikum Puan Lina,
boleh saya dapatkan email address puan? saya nak bertanya lebih lanjut tentang pengalaman puan sendiri menghantar darwisya ke International Modern Arabic School. Saya bercadang untuk menghantar anak saya ke sana tahun depan (4 years old) tapi masih dalam pertimbangan.mungkin selepas mendengar perkongsian puan, saya dapat membuat keputusan. harap puan sudi untuk berkongsi dengan saya. terima kasih,
Mrs.K said…
Assalamualaikum Puan Lina,
boleh saya dapatkan email address puan? saya nak bertanya lebih lanjut tentang pengalaman puan sendiri menghantar darwisya ke International Modern Arabic School. Saya bercadang untuk menghantar anak saya ke sana tahun depan (4 years old) tapi masih dalam pertimbangan.mungkin selepas mendengar perkongsian puan, saya dapat membuat keputusan. harap puan sudi untuk berkongsi dengan saya. terima kasih,
Unknown said…
Puan..sy sgt terharu dgn kesungguhan puan mengajar dan mendidik anak2..sy juga ingin menjadi seperti puan..sy selalu jadikan blog puan sbagai rujukan sy..harap2 anak sy juga bly berjaya seperti anak puan,amin..doakan ya
Anonymous said…
Puan lina saya maaf tgh google2 tentang masa dpn anak2 sekolah intrnational . Anak sya lahir 2008 .Sya pun begitu masa anak kecil kelirru buntu mncri sekolah yg terbaik utk anak . Di dalam kebuntuan itu saya terdetik " dahulukan agama yg lain akan dtg mengejar kita" ..Walaupun saya zero saya nekad menghantar anak ke skolah international arab school di sekitar Gom ., KG 1 , KG 2 , G1 .dan sekarabg akan melangkah G2 ., Persekitaranya juga begitu di kelilingi org Arab berjubah ber niqab . Kerana sentiasa mrngambil tahu perkembangan anak sya agak di kenali di kalangan guru2 anak saya .Alhamduliah anak sya skrg blh berkomunikasi dlm bahasa arab juga .Kini anak bongsu saya meningkat umur 5 tahun .Sya juga perlu adil .Tp hati keliru buntu tahulah klu IS ( international school) cost nyer melibatkan hrga yg tinggi . Sya keliru dlm membuat keputusan srkali lg utk anak bongsu . Husband ade membrli rumah di sg buloh .sekolah anak sya skrg di GOMBAK . Sabtu ahad anak sulung ade mengikuti program halaqah bersma org2 arab di masjid . Isnin jumaat sekolah .sbtu ahad halaqah .jadual padat klu sya tinggal di sg buloh .di gombak saya hanya duduk di rumab parents . Apa pendapat puan lina? Blh x add saya dlm watsap 0123182071 and pls delete lps bc ni yer .

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...