Skip to main content

Membantu Kanak-kanak Menghafal Surah2 Penting dan Panjang Dalam Al Quran


Dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa-apa surah yang akan dihafalnya, cara saya tetap sama samada untuk surah pendek atau surah panjang. Mulakan dengan membiasakan anak dengan MENDENGAR surah tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu bacaannya. Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman perjalanan anak kita. InsyaAllah, mudahlah untuk mereka menghafal sesuatu yang telah biasa didengar berulang kali. Kemudian, baru ajar MEMBACA surah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan. Kemudian, baru suruh anak MENGHAFAL. Selalunya Darwisya dapat menghafal  sehari dua selepas dia dapat membaca mana-mana surah dengan lancar samada surah panjang atau pendek.

Untuk diri saya, qari yang menyentuh hati saya adalah Qari dari Kuwait, Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy. Mencari CD yang jelas bacaannya dipasaran agak sukar mungkin kerana telah di ulang salin/dubbing beberapa kali hingga bacaannya bergaung dan kurang jelas. Maka, jika qari ini juga kegemaran pembaca, cara terbaik untuk mendapatkan bacaan yang jelas dan berkualiti adalah

1. Beli CD-R kosong (yang paling murah harga 70sen sekeping)
2. Pergi ke http://www.muslimtents.com/alafasy/
3. Pilih surah yang dikehendaki (free download yang dibenarkan). Setiap surah semasa kita download akan ada tercatit panjang masa surah tersebut. Jumlah masa dalam 1 CD-R adalah lebih kurang 70-80 minit sahaja.
4. Untuk memindahkan download ke CD-R, pilih 'audio data' (for car and other general radio)
5. Dah siap..


Sebelum menidurkan anak, CD tersebut akan dipasang dengan perlahan di radio dan tekan mode 'repeat'. Ia akan 'mengaji' untuk anak kita sehingga dia terlena dan diteruskan hingga esok pagi. Pastikan volume perlahan(kalau kuat anak tak boleh tidur pula). Kita boleh pilih samada untuk diulang repeat satu surah sahaja atau atau diulang bacaan satu CD tersebut.


Untuk di dalam kereta, saya letakkan CD surah yang telah dihafalnya supaya dia tidak lupa apa yang dihafalnya sebelum ini. Ini memastikan hafalan yang lepas terus kekal. Jika bila-bila masa saya membawa anak berjalan, ayat yang terhafal terdahulu yang akan saya pasang untuk mereka sepanjang perjalanan. Siaran radio atau CD lain hanya akan saya buka jika saya berseorangan memandu.


Mencorak anak-anak dalam pendidikan, akhlak, sahsiah diri bermula dari rumah, dari kita sebagai ibu dan bapa. Ia bukan bermula di sekolah atau tadika.


Memang ada tadika mahal dan tadika sederhana bayarannya tetapi semuanya sama iaitu mengajar kanak-kanak dalam bilangan ramai dan dalam masa yang serentak! Sedangkan setiap kanak-kanak itu adalah berlainan. Tiada guru yang boleh menandingi seorang ibu yang mengajar anaknya satu persatu dengan sabar hinggalah anak tersebut faham.

Bagi saya, adalah salah untuk melihat wang semata-mata boleh membeli pendidikan dan menjamin anak tersebut menjadi seorang yang terdidik dan berjaya. Kita ambil kisah daripada Imam Shafie. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 2 tahun. Ibunya adalah seorang yang gigih dalam mendidik anaknya. Tiada tadika murah, sederhana atau mahal bagi ibu Imam Shafie, Hanya kegigihan beliau untuk mendidik anaknya hingga anaknya dapat menghafaz quran pada umurnya 7 tahun. Kemudian Imam Shafie berguru dengan beberapa ulama terkenal hinggalah beliau menjadi orang yang dikenali dengan kebijaksanaan ilmunya sehingga Mufti Mekah mengizinkan beliau memberi fatwa ketika masih berusia 15 tahun!

Saya bersyukur kerana diberi Allah rezeki dan petunjuk untuk menghantar anak saya ke tadika Arab. Namun saya tetap tekankan kejayaan anak tetap bermula dari rumah. Darwisya ke tadika atau tidak, dan tadika tersebut arab atau bukan arab, dia tetap akan mengaji dan menghafal di rumah.








Comments

UMMUARIF78 said…
TQ BANYAK BANYAK ATAS ILMU PUAN LINA BERIKAN,INSYAALAAH SAYA AKAN CUBA PRAKTIKKAN PADA ANAK YG KINI USIA BARU SETAHUN.DAN SERONOK BACA TTG KAEDAH PUAN MGAJAR ANAK2 MENGHAFAZ QURAN.AMEEN.TAK PERNAH LIHAT WAJAH PUAN LINA NI.
Salam Puan Lina. Sangat teruja melihat perkembangan Darwisya & Darwish, dan cara Puan Lina mendidik mereka. Izinkan saya kongsikan video & maklumat dari blog ini di blog saya ya! :) Terima kasih!
rozana said…
Salam.. Terima kasih atas perkongsian ini yg detail ini. Setelah melihat gambar buku kaedah Al-huffaz dlm blog Lina (ke saya tersilap) saya memang ingatkan Darwisya menggunakannya manakala mendengar surah dpd tape bantuan sampingan sahaja.. Sekarang saya dapat memahami situasi sebenar. Mohon maaf atas kekeliruan saya.
Lina said…
Salam Ummuarif,

InsyaAllah, sesiapa pun boleh mendidik anak awal jika berkehendak.
Lina said…
Salam Puan Nadxoxo

Terima kasih kerana sudi berkongsi. Selamat melahirkan baby boy dengan selamat. Amiin
Lina said…
Salam Puan Rozana,

Memang betul saya guna kaedah al huffaz masa 30 surah pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Hinggalah satu hari skill ini makin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah.
Salam, Puan Lina.

Anak saya dah menginjak 1 tahun 4 bulan. Saya dah cuba mengajar huruf hijaiyyah pada anak saya dengan menggunakan flash card sejak umurnya setahun.

Apa yang saya perhatikan,semakin dia besar semakin susah nak curi tumpuannya. Dia lebih berminat nak pegang kad tu. Berebut-rebut, dan bila tak dapat (saya tak bagi dan teruskan mengajar) dia akan marah dan berguling-guling sambil menangis. Sudahnya pembelajaran berhenti setakat tu saja.

Setakat ini anak saya cuma boleh sebut 'ba', 'ta', 'wa'. Saya ada juga belikan cd huruf hijaiyyah dalam bentuk animasi. Dia nampak berminat, dan huruf yg disebut masih 'ta', kadang-kadang 'sin',dal, lam dan 'jim'.Tapi saya rasa dia belum kenal huruf tersebut, cuma mengikut saja.

Anak saya baru boleh cakap beberapa perkataan sahaja cthnya tu, tok, meow, immi (ummi),tata, jatuh. oooobab (Allahuakbar).

Apa pendapat puan langkah yang perlu saya lakukan. Saya risau masa yg begitu cepat berlalu ni akan meninggalkan anak saya.
Lina said…
Salam Puan Min Aina Ila Aina,

Saya akui mengajar anak lelaki memang susah kerana mereka semulajadinya nakal sedikit dari anak perempuan. Jangan kiralah flashcard pertama saya dah jadi apa. Tak silap saya dah 3 set flashcard lunyai baru dia mengenal huruf.

Dari segi percakapan pula, saya perhatikan anak perempuan lebih cepat bercakap daripada anak lelaki. Anak lelaki saya sampai sekarang ini masih belum boleh bercakap dengan betul (ramai tak faham apa yang dicakapkan lagi) walaupun umurnya sudah hampir 2 tahun 5 bulan.

Apa pun samada perempuan atau lelaki, keduanya perlu kita ajar dengan sabar. Kalau dia berminat dengan CD animasi, duduk bersama dia dan bernyanyi sama-sama ikut CD animasi tu. Kita ikutkan aje apa yang dia suka..
UMMUARIF78 said…
APA TAJUK BUKU TU YER;KAEDAH2 MENGHAFAZ YER.KEDAI MANA BLEH DAPAT YER PUAN LINA BAPE RM
AFITI said…
salam...saya selalu follow blog puan...wlupun usia sy msih awal utk brumah tgga dan ada anak..tp skurang2nya blog ni mnjadi pnduan kpd sy...

sy in counseling field..sllu tgok pkmbgn ank puan...jika ramai ibu bapa spt puan, insyAllah...tdidik akhlak jika al-quran jadi hati kehidupan...bkn mudah utk jadi ibu hebat spt puan...blog ni adalah persediaan utk sy juga..terima kasih
Lina said…
Salam Afiti..

Alhamdulillah atas hidayah Allah. Saya harap lebih ramai ibubapa seperti Afiti, bertekad sebelum melangkah ke alam rumah tangga lagi. InsyaAllah, akan terdidik dan terpeliharalah diri anak itu nanti.
AFITI said…
This comment has been removed by the author.
AFITI said…
This comment has been removed by the author.
AFITI said…
This comment has been removed by the author.
AFITI said…
terima kasih..amin..semoga diperkenankan Allah..usia saya baru masuk 24 tahun..bg sy pkhwinan sgt2 mmerlukan persediaan lebih2 lagi..ilmu...sejak akhir2 ni..bermula dgn tjumpa blog puan..terkebetulan pula dgn research bkaitan dgn knk2 dan remaja..mmbuatkan saya ingin truskan pgjian sy..menjuruskan dalam bidang kanak-kanak...bila tgk darwish dan darwisya..makin kuat pula rasa..utk mndalami kanak2...utamanya bkaitan dgn pendidikan pada usia bermula dgn bayi...benar, bukan mudah jaga budak lebih2 lagi baby..pnh juga jaga baby mmber sehari pun buatkan sy..ckp pd diri..bukan mudah nk jadi ibu...yang bnr2 "hebat" dlm mndidik...pmbuangan bayi sgt2 hebat..akhir2 ini..sayu pun ada juga..jikalah mereka ini diberi peluang utk hidup...mana tahu akan jd manusia bguna..mslh sosial kes buang bayi tu...disbbkan remaja tidak "JAGA DIRI" dan "KURANG ILMU" dan kesedaran..jadi..perlu saya bersedia..Member2 saya yang baru melangsungkan pkhwinan usia ketika 23 tahun..bbrapa orang baru lahirkan baby...dan saya perpanjangkan blog puan ini pada mereka...semoga diizinkan...(baru mintak kebenaran..lepas diperpanjangkan), saya terfikir, benar kata org tua..bukan mudah nak kahwin ni..kena perlu bersedia...bersedia itu termasuklah dalam parenting...semoga jika kelak ada anak sy blh hantar di tempat spt darwisya belajar...tahniah Puan, jadi ibu yang hebat..dan juga teladan utk diri sy..even saya sdg merasai zaman akhir remaja ;D...

sy nk kongsi pdgn juga thdp pn min aina..mllui..apa y saya pljari, ketika kecil pertumbuhan dan perkembangan kanak2 perempuan lebih cepat berbanding lelaki...dan sampai satu tahap..apabila lelaki pula dah mula usia 13 tahun..saat itu perkembangan kognitif, afektif lebih2 lg psikomotor mereka kuat..dan mmg benar..kalau lihat zaman alam persekolahan ketika kecil2..bdk2 prempuan lebih bagus pencapaian akademik, etc...berbanding pelajar lelaki..krn tahap pkmbgn mreka berbeza..kebolehan bercakap itu perkatan dgn bahasa..org perempuan lebih cenderung kepada bahasa..maka xmustahil mreka cepat belajar..bercakap apatah lagi...knk2 lelaki pula lebih kepada tingkahlaku..
Lina said…
Salam Afiti,

Muda lagi orangnye.. InsyaAllah bakal jadi pakar dalam perkembangan kanak-kanak nanti.

Memang susah menjaga anak orang kerana kita menjaganya mungkin hanya kerana tanggungjawab atau dipertanggungjawabkan orang keatas kita sahaja, tetapi kalau anak sendiri ia adalah bersama dengan cinta dan kasih sayang menyebabkan yang susah menjadi mudah dan membahagiakan. Lebih lebih lagi kalau kita tahu menjaga/mendidik anak itu adalah amanah Allah, jika di jalankan dengan baik, balasannya adalah pahala yang berterusan.

Kes buang bayi adalah masalah sosial yang berpunca dari perasaan tidak rasa takut pada Allah, dosa dan hari pembalasan. Jika mereka ada rasa takut pada Allah, tentu perzinaan tidak akan terjadi dan seterusnya perkara yang berkaitan seperti pembuangan bayi akibat darinya juga tidak akan berlaku. Ini berbalik kepada penghayatan agama dalam keluarga mereka dibesarkan. Ada diantara mereka yang menjadi pelaku kesalahan yang sama untuk beberapa kali tanpa ada rasa sedikit pun menyesal dalam hati. Bagi saya, samada mereka berpendidikan tinggi atau tidak bersekolah langsung, jika mereka ditanamkan dengan sifat rasa takut kepada Allah, semuanya ini tidak akan terjadi.

Juga saya quote kata afiti tentang kata orang tua2.. 'bukan mudah nak kawin ni'. Saya tidak setuju sama sekali jika kita beranggapan begitu. Ia adalah sesuatu yang mudah, satu jalan yang mudah untuk menyelamatkan dan memelihara diri dari dosa dan melengkapkan rasa keperluan hidup kita sebagai seorang wanita. Jika ilmu yang dipersoalkan sebab ia jadi susah, untuk pengetahuan Afiti, saya tiada langsung pengetahuan parenting sebelum dan selepas saya berkahwin. Ilmu yang sedikit yang saya ada ini saya dapat melalui internet semasa saya sudah melahirkan anak beberapa bulan kemudian. Apalagi kalau orang yang lebih berpengetahuan seperti Afiti, tentu akan jadi lebih hebat dari saya (kalau dikatakan saya ni ibu yang hebatlah). Hehe..


Terima kasih atas penjelasan akademia tentang perbezaan perkembangan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ia membantu saya memahami anak-anak saya dengan lebih baik. Memang sangat benar keterangan tersebut. Semoga pembaca lain juga mengambil manfaat darinya. Kalau boleh, saya minta afiti terus memberi komen ilmiah atas pertanyaan para pembaca blog saya. Thanks!
una d ustazah rock mude said…
assalamualaikum lpuan lina....saya bru berumur13 thun...saya dkndaki mng hafl lima surh pnjng....bolehkah sya mnghfl surh tersbut dalm mse sminggu...di asrama??

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara...