Skip to main content

A 3 year Old Girl Replying On The Quran Burning Pastor

Masihkah kita ingat tentang seorang paderi di Florida, USA yang mahu membakar Quran pada ulangtahun pengeboman menara berkembar di New York baru baru ini sebagai simbol protes kepada Islam? Semasa membaca tentang isu ini, saya agak terkejut besar bila saya melihat wajah anak saya dibawah satu tajuk semasa yang agak panas seperti ini didalam dua video youtube! Apa tidaknya... ia satu tajuk yang menjadi isu sensitif seluruh dunia Islam dan kanak-kanak 3 tahun yang dirujukkan tersebut adalah... anak saya, Darwisya Adrianna!

Dua video yang berbeza (satu daripadanya adalah www.tamilbayan.com) yang telah di olah  untuk menyesuaikannya untuk menjawab persoalan yang sedang panas ketika itu. Antara kata-kata yang tertulis..


WANT A PROOF OF WHAT ALLAH SWT SAID AND SHEIKH KHALID YASSIN CONFIRMED???
WELL LISTEN TO THIS:!!!

Diikuti oleh video bacaan Darwisya Surah Muhammad bermula dari ayat Innallah hayudkhilul.. yang bermaksud Sungguh! Allah akan memasukkan.. kemudian diakhiri dengan kata-kata berikut.

       YES, YOU POOR PASTOR,
THE QURAN IS PROTECTED BY GOD..
NOT IN PIECES OF PAPER, BUT IN THE HEARTS AND BRAINS OF MUSLIMS!!!
EVEN AN EXTREMELY YOUNG GIRL WHO CANNOT EVEN SPEAK ARABIC MEMORIZES IT BY HEART:)!!!
Saksikan kedua video youtube dibawah ini..







MasyaAllah! Rasa sangat terharu kerana Allah tunjukkan kepada saya, apa yang saya usahakan selama ini besar impaknya kepada dunia walaupun dalam cara yang tersendiri. Ia besar maknanya bagi saya. Bagi saya memang benarlah kata orang, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Ya Allah kau kuatkanlah lagi semangatku ini untuk mendidik anak-anakku ke jalanMu. Kau ramaikanlah lagi ibubapa yang diberi petunjuk dalam mendidik anak-anak mereka seperti mana Engkau tunjukki aku. Amiin. Semoga ianya juga membuka mata orang kafir bahawa biar berapa banyak al quran dibakar hingga tiada tinggal satu pun didunia ini, ia akan tetap wujud dalam dada para penghafaznya yang bertebaran di serata pelusuk bumi Allah ini.


*Peringatan : Hati-hati sekiranya menaip URL untuk ke blog ini dimana, jika tersalah tulis URLnya, diletakkan 'ps' dan bukannya 'sp' seperti di link ini, www.darwishndarwisya.blogpsot.com kita akan dibawa ke website Kristian dengan segala info tentang agama tersebut. Harap maklum bahawa nama sebenar website saya adalah www.darwishndarwisya.blogspot.com. Nama serupa, niat berbeza.  Satu lagi kebijaksanaan orang Kristian menyebarkan agama mereka..






Comments

ummu zufayri said…
alhamdulillah!
have been a silent reader for more than a year now. thank you for sharing your tips and thoughts in educating your children.
i certainly hope more parents will follow suit, insyaAllah.
take care.
amirazimah said…
Allhamdulillah...Insyallah...mudah2 han..allah memberkati apa saja yg kita usahakn asalkan ia nya ke JALAN ALLAH ta'al.....
mummy-aulia' said…
terharu jugak..tahniah kak lina..insyaAllah, besar ganjaran yg menunggu akak. Semoga ramai lg ibu bapa mampu mendidik anak2 seperti akak mendidik anak2 akak..
DeLLa said…
alhamdulillah..berkat usaha ibu!keep up good work kak!
effieza said…
Alhamdulillah & tahniah. Saya juga antara silent follower dan baru hari ini tergerak untuk berkongsi komen.

Beberapa teknik Kak Lina saya telah praktik pada anak2 saya. Suatu hari sedang mencuci kereta bersama suami dan anak2.. saya terdengar 'Aqeelah mengalunkan sifat 20 dari mula hingga akhir tanpa tertinggal satu sifat dan menyebutkan dengan jelas.... kerana setiap malam sebelum tidur saya alunkan untuk anak2.. Alhamdulillah.
Mummy Sya said…
Salam Pn Mazlina

Saya amat kagum dengan cara puan mendidik anak2 puan menghafal alquran.

Utk pengetahuan puan, saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun 6 bulan. saya sangat menyokong pendidikan awal kanak2 & mengaplikasikannya kpd anak saya seawal dia di dalam kandungan saya lagi.

saya mula menggunakan buku al-furqan selepas terjumpa blog puan, masa tu umur anak saya dalam 19 bulan. alhamdulillah masa umur dia 22 bulan dia dah kenal semua huruf hijaiyah baris atas.
lepas dah khatam buku furqan & iqra 1, saya ajar dia volume no 2 pula.
tapi yg saya perasan, sekarang anak saya dah tak minat nak belajar guna buku furqan & iqra tu. dia takde masalah nak belajar benda2 lain (mcm english reading, maths, encyclopedic knowledge etc), memang dia akan fokus, tapi bila saya keluarkan je buku furqan/iqra', terus dia kata "don't want!" & palingkan mukanya.
saya dah kehabisan idea mcmana nak bagi dia berminat nak belajar iqra' lagi.

saya ingin meminta pendapat puan, bagaimana caranya utk saya menarik minat anak saya utk kembali belajar membaca al-quran?

Satu perkara lagi, saya juga mahu anak saya menguasai bahasa arab. Saya rasa tertarik dgn tadika di international arabic school di mana puan hantar darwisya belajar.
Boleh saya tahu apa pandangan puan mengenai sekolah tersebut setelah lebih kurang sebulan darwisya belajar di sana?
Salah satu perkara yg concern ialah mengenai sikap org2 arab. di tempat kerja saya ada ramai juga org arab & kebanyakannya "not so nice" & agak kasar.
saya risau juga kalau2 kanak2 arab di tadika tu kasar,takut ada impak negatif pada peribadi anak saya. Boleh puan berikan komen sedikit berkenaan isu ini?

Harap Puan dapat membantu saya. Terima kasih.
Salam, Kak Lina.

Alhamdulillah, besar ganjaranNya buat ibu-ibu yang berusaha mendidik anak-anak dalam memelihara Al-Qur'an.

Kak, saya download video Darwisya dan Darwisy untuk tunjukkan pada anak saya. Excitednya dia terutama bila tengok video Darwisy dengan flash card. Masa tu jugakla dia akan pegang flash card hijaiyyah dia. Mungkin seronok sebab Darwisy pun lelaki, macam ada kawan agaknya.

Kalau akak ada kelapangan boleh ke upload lagi video-video pembelajaran Darwisy. Anak saya lebih ingat apa yang Darwisy sebut daripada yang umi dia sebut. Kalau ayah dia yang nak ajar, langsung dia toleh muka ke lain. Agaknya aura akak jadi teacher lebih hebat.hehe.
Lina said…
Salam Ummu zufayri, amirazimah, mummy aulia', della dan effieza..

Semoga ilmu yang sedikit yang saya ada dapat memberi manfaat kepada semua. Saya tumpang gembira bila ada yang menyatakan mereka sudah mempraktikkan pada anak mereka. Rasa satu anugerah bila saya dapat buat lebih ramai lagi ibubapa memulakan pendidikan anak mereka dengan al quran. Terima kasih kerana sudi singgah dan setia membaca setiap coretan saya dalam mendidik anak anak saya..
Lina said…
Salam Mummy Sya,

Memang itulah kecemburuan syaitan dan iblis bila melihat anak yang suci bersih mahu dipenuhkan jiwanya dengan alquran. Berusahalah mereka membisikkan kepada anak2 bahawa ia satu benda yang membosankan. Apa yang kita boleh lakukan adalah berdoa supaya hati dan jiwa anak kita mencintai al quran. Beri selalu minum air yang telah didoakan dan dizikirkan dan jadikan iqra satu ketetapan setiap hari seperti kita perlu makan setiap hari. Jadikan ia satu disiplin di rumah untuk semua anak2. Berikan anak imbuhan setiap kali selesai menjadikan ia satu aktiviti yang dinantikan setiap hari. InsyaAllah

Tentang Sekolah Arab, saya tak berani nak komen kerana baru satu bulan. Yang saya nampak Darwisya OK. Budak Arab memang nakal sebab itu kelasnya ada 2 guru menjaga mereka. Darwisya selalu juga mengadu pada saya akan budak ini dan budak itu mengusiknya (budak lelakilah tu). Kita pujuklah dia supaya beritahu gurunya dsb. Selain dari itu saya dah mula dengar dia menyanyi 2-3 lagu nursery arab. Seronok mendengarnya. Perangai Arab memang kasar sebab itu nabi banyak diturunkan dalam bangsa mereka. Yang kita inginkan bukan perangai mereka tapi bahasa mereka..
Lina said…
Salam Min Aina Ila Aina,

Kalau betul akak ada aura jadi teacher camtu, bolehlah buka kelas tadika ye? Hehe.. Gurau je.

Kanak kanak memang akan lebih tertarik kepada rakan sebaya daripada kita sebagai ibubapa mereka. Sebab itu untuk penghafazan akak guna suara adik Ahmad Saud kerana inginkan suara keanak-anakknya yang boleh menarik anak akak untuk turut menghafaz. Akak juga beli VCD belajar huruf hijaiyah yang bersuara latar kanak2 menyebut huruf2 tersebut untuk menarik hati mereka. Bukan aura akak tapi aura kanak2 yang menyebabkan mereka tertarik antara satu sama lain..
ummunasuha said…
Alhamdulillah..tahniah kak lina. Mudah2an para ibu semua jg terus bersemangat mendidik generasi2 sekarang menjadi generasi rabbani^_^
edah said…
Alhamdulillah..
Tahniah kak..
semoga saya mampu menjadi ibu secekal kak lina untuk mendidik anak-anak saya.
Anonymous said…
assalamu alaikum puan. saya dzulkhairi, lajnah syubban persatuan ulama malaysia. saya mohon no phone puan boleh. jika puan berkesempatan, mohon mesej no phone puan ke no saya 0132968703. terima kasih banyak2 puan
Lina said…
Salam En/Ustaz Dzul,

Terima kasih kerana tawaran yang telah dimaklumkan pada saya. InsyaAllah saya akan bincang bersama suami saya dulu..
Coach Aura said…
apa perkembangan Darwisya, hari tuh dia ada jatuh kan, harapa Darwisya tak ada mengalami apa2 kecerderaan
nory izecson said…
Ini perbezaan cara didikan ibu bapa yg berpendidikan dgn tidak..bkn brmksud utk mrendah2 kn mna2 pihak..tp kita sering mendengar kata2 drpd individu yg cetek dan berpandangan sempit spt 'buat ape bljr tinggi tp last2 jd suri rumah tangga.nak buat apa dgn sijil2 tu..' saya amat membangkang kata2 ini..bg saya individu yg berfikiran spt ini adalah individu yg kolot n cetek akalnya..maafkn sy jika mengeluarkn kata2 yg tidak sepatutnya..tapi adakah setakat itu pemikiran mereka??puan adalah contoh terbaik didikan berjaya utk anak2 drpd ibu bapa yg educated.. kita boleh menjadi ibu bapa yg terbaik dgn memberikan pendidikn yg terbaik utk anak2 meskipun hanya duduk di rumah buat kerja2 housewife sje..lihatla para alim terdahulu..mereka miskin harta tapi kaya dgn ilmu..jgn la fikir menuntut ilmu ni semata2 sbb nk dpt kerja yg bagus..bahkan sbrnya faedah yg diterima jauh lebih baik drpd itu..anyway,syabas kpd puan krn berjaya mencorakkn anak2 puan dgn corak yg baik spt yg dituntut oleh Islam.. =)
Anonymous said…
Puan,

Just nak tanya camana perkembangan darwisya di IMAS school. Ok tak? Kalau tak keberatan, boleh ke bg review untuk 3 bulan pertama. Sbb saya plan nak hantar 2 anak saya ke tadika kat situ by sept 2011, skrg mereka di IIU Montessori gombak. Ingat nak cuba 1year di al-hadeesah (imas). Tq.
Fairulazmi said…
Assalamualaikum wrmbth puan,

Alhamdulillah generasi pewaris bangsa dan agama beginilah yang kita mahukan. Semoga Allah swt permudahkan jalan untuk saya kelak menyusuri laluan yang puan kongsi ini. Semoga kita semua istiqamah dalamjalan ini insyaallah
lina said…
Assalamualaikum Maam - semoga usaha puan terus di rahmati Allah. Alhamdulilah saya sgt terharu ..ini adalah salah satu petunjuk Allah...Al Quran sentiasa dlm peliharaan Allah. Darwisya adalah pelapis cilik.
Anonymous said…
puan, bagaimana saya boleh berhubung dengan puan?
Anonymous said…
Salam.Saya agak tersentuh dgn artikel ini iaitu anak puan dikenali ramai walaupun dari sudut yang berbeza. Ape yang dapat saya katakan tahniah buat puan n keeps going on dalam membentuk peribadi anak yang soleh kerana anak itu adalah bayangan ibubapa nya. Dan ia really membakar semangat sy untuk cintakan kalam Allah. terima kasih!
sid said…
salam akak.saya sedang cari mp3/cd recitation al-quran kanak-kanak. Akak ada suggestion tak?
dah lama rasanya puan tak update blog..alhamdulilah..dapatla saya membaca entry-entry puan lagi..

kekuatan tangan ibu siapalah yang boleh nafikan.. tahniah untuk puan
read quran said…
subhanALLAH, jazakALLAH khyr for sharing such a beautiful link and post, may ALLAH bless u. online quran teaching
quran for kids
Aida Qisya said…
tahniah puan lina..alhamdulillah..kagum sungguh sy dgn apa yg dah puan usahakan..sy br jumpa blog ni.dan sy berazam utk didik anak sy seperti puan..terima kasih berkongsi ilmu
Salam Isnin.

Puan Mazlina yg Prihatin dan BudiWati:

BerKenaan dgn "blogpsot.com" itu, mmg semua jenis url kalau kita tulis/taip, dan diakhiri dgn alamat url ".blogpsot.com" at last url address, maka laman "Mega Site Of Bible Studies And Information" itu jugak la yg appear. Semua jenis url, even url yg mix huruf dgn nombor, yg ada dash (-), yg ada titik/dot (.) dll.

Malah, Kalao kita taip sahaja url "blogpsot.com" itu, sama juga hasilnya.

Puan bisa coba sendiri jikalau gusar dan musykil, untuk kepastian.

Salam Zahir+Batin.
Anonymous said…
subhanallah...mengalir air mata saya tgk anak akak...sy seorang suami yang bakal menimang cahaya mata pertama...
sy btol2 nak didik anak sy jadi mcm darwish n darwisya..Subhanallah..bagaimana caranya kak?
Yousaf Saleem said…
congratulations ma'am lina..alhamdulillah..i'm really impressed with what you've been doing..you've come across this blog and i'm determined to teach my children like madam .. thank you for sharing your knowledge
Learn Quran Online

female-quran-teacher

quran-reading

quran-memorization-for-kids

quran-translation

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt