Skip to main content

Amalan Terang Hati Saidina Ali r.a.

Kadang-kadang kita memegang pisau dan kita tidak sedar pisau itu ada banyak kegunaannya. Bukan hanya untuk memasak dan memotong makanan, malah ia juga boleh menjadi senjata untuk melindung diri atau menakutkan musuh. Saya memberi gambaran seperti itu setelah baru-baru ini saya melayari website Akademi Darul Huffaz bagi mendaftar Darwisya untuk kali ke dua, saya terjumpa informasi tentang Amalan Terang Hati Saidina Ali yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.


Ia adalah amalan yang dinasihatkan khusus oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a, kerana suatu masa Saidina Ali mengadu tentang kekusutan fikirannya. Setelah beramal dengan amalan ini beberapa minggu, Saidina Ali r.a merasakan seolah-olah hatinya terbuka luas sehingga terasa amat mudah untuk menghafaz apa juga ilmu yang dipelajari.

Kisah Saidina Ali r.a ini diceritakan dengan lengkap bersama doanya di dalam kitab Fadhail Al-Quran karangan Sheikh Maulana Zakariyya r.ah. Kemujaraban amalan ini telah dirasai oleh Shaykh Lokman sendiri (pengasas Akadei Darul Huffaz) sehingga membawa dirinya untuk menghafaz keseluruhan Al-Quran.

Keempat empat surah ini dikatakan sebagai sebuah 'rahsia amalan terang hati' untuk menghafaz Al-Quran keseluruhannya. Alhamdulillah Darwisya telah menghafal 3 daripada 4 surah tersebut. Hanya surah Ad Dukhan sahaja yang belum. Dan InsyaAllah saya berharap, dia akan dapat menghabiskan hafazannya sebelum menduduki Ujian ini. Jika lulus, maka sijil akan dianugerahkan pada Malam Konvokesyen yang akan diadakan di Putrajaya.


Bagi saya kursus ini sangat-sangat penting signifikasinya pada masa depan Darwisya kerana menurut Shaykh Lokman dalam websitenya.. "Jika dia mampu dan cemerlang di dalam kursus ini, maka bermakna peluang untuk dia menjadi seorang Al-Hafiz adalah cerah. Dari sinilah bakat-bakat terpendam menjadi realiti. Di sinilah guru dapat menilai masa hadapan pelajar tersebut adakah ia boleh menerokai dunia Huffaz. Dia akan merasai perubahan IQnya selepas berjaya menyempurnakan amalan ini"



Soalan:
Berapa cepatkah pelajar dapat menguasai keseluruhan Persijilan Penghafazan Surah-Surah Pilihan?


Terpulang kepada beberapa faktor; Komitmen masa pelajar tersebut, komitmen ibu-bapa dan penjaganya, IQ pelajar tersebut, pengetahuan yang telah ada, umurnya, ketaqwaannya terhadap perkara yang makruh & haram, harapannya terhadap Allah, doanya, pemakanannya, rehatnya, tumpuan pelajar tersebut di dalam kelas dan disiplinnya. Tempoh pengajian sekitar 1-2 bulan bulan.

http://darulhuffaz.edu.my/kursus-dan-pakej/kursus-pengajian/kursus-rendah-hafazan/penghafazan-surah-surah-pilihan.html






Comments

hana humaira said…
Alhamdulillah tahniah usah utk didik ank hafaz quran..

InsyaAllah sy cuba cari maklumat ini utk aplikasikn kpd ank sy
Boleh puan kongsi kn 4 surah tersebut? Terima kasih :)
Dila Gebu said…
bagusnya , masih belajar lagi tentang hafazan

Jom kita baca TIPS KULIT CANTIK
Shahida Taib said…
Apa 4 surah tersebut? Boleh kongsi kan..

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:



1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam diraka…

Allah Adalah Sebaik-Baik Perancang

Kali ini saya ingin bercerita tentang apa yang terjadi pada anak-anak saya pada beberapa hari yang lalu. Ceritanya.. sebelum ini, Darwish telah berkali-kali memujuk saya untuk menghantarnya ke kelas Taekwondo. Kebetulan kelas Taekwondo itu berada berdekatan dengan dewan yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Oleh kerana saya ini lahir dari keluarga yang lebih senang dengan sifat  berlemah lembut dengan orang lain, dimana walaupun adik beradik saya 8 orang kesemuanya, tiada seorang pun yang pernah ke kelas Taekwondo atau yang seangkatan dengannya. Saya tidak pernah mengenal dunia itu, maka, saya tidak berapa mengendahkan permintaannya selama ini. Apa lagi dalam minda saya, ianya adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya kelihatan seolah menggalakkan kanak-kanak menjadi lebih ganas!
Pada suatu hari di kolam renang, selepas Darwish dan Darwisya menghabiskan masa yang agak lama berenang, sambil saya dan suami berbual di tepi kolam tersebut, mereka pun mahu naik. Tiba-tiba seora…

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad.

Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun.

Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Arabi…