Skip to main content

Posts

A 3 year Old Girl Replying On The Quran Burning Pastor

Masihkah kita ingat tentang seorang paderi di Florida, USA yang mahu membakar Quran pada ulangtahun pengeboman menara berkembar di New York baru baru ini sebagai simbol protes kepada Islam? Semasa membaca tentang isu ini, saya agak terkejut besar bila saya melihat wajah anak saya dibawah satu tajuk semasa yang agak panas seperti ini didalam dua video youtube! Apa tidaknya... ia satu tajuk yang menjadi isu sensitif seluruh dunia Islam dan kanak-kanak 3 tahun yang dirujukkan tersebut adalah... anak saya, Darwisya Adrianna! Dua video yang berbeza (satu daripadanya adalah www.tamilbayan.com) yang telah di olah  untuk menyesuaikannya untuk menjawab persoalan yang sedang panas ketika itu. Antara kata-kata yang tertulis.. WANT A PROOF OF WHAT ALLAH SWT SAID AND SHEIKH KHALID YASSIN CONFIRMED??? WELL LISTEN TO THIS:!!! Diikuti oleh video bacaan Darwisya Surah Muhammad bermula dari ayat Innallah hayudkhilul.. yang bermaksud Sungguh! Allah akan memasukkan. . kemudian diakhiri dengan ka...

Perbezaan Perkembangan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, pembaca pasti tahu saya mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Setelah mendidik mereka dengan cara yang sama, saya dapat melihat perbezaan keduanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan pencapaian/target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. Saya memang tahu akan fakta ini tetapi saya tetap meletakkan objektif yang lebih tinggi hanya kerana saya memulakan mengajar Darwish lebih awal dari Darwisya. Apapun itu jika saya membuat perbandingan antara kakak dan adik pada umur yang sama. Tetapi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain, sudah tentu Darwish jauh pencapaiannya. Dia kini melancarkan huruf bersambung dan dalam buku terakhir al Furqan. Selepas habis buku ini dia akan boleh mula membaca quran. Jika kakaknya, Darwisya, sudah boleh mula membaca walaupun merangkak pada umur 2 tahun 8 bulan dan mula belajar menghafaz, adiknya Darwis...

Surah Al Mulk

Nota Tentang Fadhilat Surah Al Mulk : 1) Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk. (Riwayat Imam Ahmad) 2) Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tiba tiba(terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga habis. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur. (Riwayat al-Tir...

Persekolahan Darwisya di International Modern Arabic School

Alhamdulillah hari pertama Darwisya masuk kesekolah pada hari semalam berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Seperti biasa, hari pertama ke sekolah untuk kanak-kanak tahap tadika ini ada yang tak mahu masuk kelas, ada yang menangis hendak bersama ibunya, ada yang masuk, duduk dan keluar balik kejar ibunya dan sebagainya. Mungkin Darwsiya pernah saya sekolahkan untuk beberapa bulan di sebuah sekolah tadika biasa yang berdekatan sebelum ini menyebabkan dia boleh menerima untuk saya tinggalkan tanpa sebarang masalah. Sebelum saya meninggalkan Darwisya, ada juga saya menunggu dalam 1 jam memerhatikan dia boleh atau tidak ditinggalkan dan saya perhatikan dia memang kelihatan agak janggal kerana kawan2 nya mempunyai 'rupa dan bahasa percakapan' yang berlainan dari kawannya yang biasa. Dia kelihatan diam dan lebih banyak memerhati kawan-kawannya. Saya harap situasi ini tidak kekal lama dan menganggapnya perkara biasa untuk mana-mana kanak-kanak ke sekolah pada hari pertama mer...

Menziarahi Pusara Sebelum Keesokkan Berhari Raya

Darwisya menyiram air di atas pusara atuk sambil darwish berada disisi. Hari ini adalah hari penutup Ramadhan. Seperti kebiasaan tahun-tahun lepas, kami anak beranak ke pusara arwah bapa saya sebelum berhari raya keesokkan harinya. Tanpa saya sedari kali ini yang membaca Yassin dan Tahlil bukan hanya kami berdua suami isteri seperti tahun-tahun lepas, tetapi nampaknya ada suara kecil yang mengikuti bacaan kami. Itulah Darwisya.. dan semoga untuk tahun depan, satu suara kecil kedua (Darwish) akan mengikuti kami juga untuk membaca Yassin dan tahlil di pusara arwah bapa saya. Pertengahan Ramadhan kali ini saya bermimpi berjumpa arwah bapa saya yang telah meninggal. Mimpi yang sangat saya mahukan dari semenjak dia meninggalkan saya adik beradik beserta ibu kami semenjak 13 tahun lalu. Namun saya tidak pernah bermimpi hinggalah Ramadhan kali ini. Alhamdulillah, walaupun ianya hanya mimpi, saya dapat memeluk erat dan meluahkan perasaan rindu saya pada bapa saya. Menziarah ke pusaranya ...

Majlis Khatam Quran Kumpulan Tadarus Ramadhan di Surau Kami

Malam ini malam yang ke 27 dalam bulan Ramadhan. Terasa sedih Ramadhan hampir meninggalkan kita. Seperti yang saya katakan, Ramadhan kali ini amat bermakna kerana ia adalah pertama kali saya bertarawih dgn kedua anak saya. Alhamdulillah, tiada apa yang mendorong mereka selain dari hidayah Allah. Mereka tidak pernah meninggalkan tarawih walaupun mereka boleh membuat pilihan tidak mengikut dan menonton tv dirumah jika mereka mahu. Walaupun mereka berdua beradik hanya duduk ditepi, hanya mendengar dan memerhati sahaja, banyak perkara yang mereka pelajari disurau. Sememangnya kita tahu kanak-kanak banyak dan cepat belajar dengan cara begini. Antara hikmah membawa anak2 saya ke surau adalah : Mereka telah dibiasakan hampir sebulan cara untuk berada didalam surau dalam keadaan berhemah.   Tidak keluar sewaktu saya bersolat untuk bersama dengan kanak-kanak lain yang kedengaran meriah membuat bising, bermain mercun dsb diluar surau.  Kedua beradik tahu untuk mengangkat tangan...

Puasa, Tarawih dan Memburu Lailatul Qadar

Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya baru saja puasa bermula dan pada ketika saya menulis ini, ia sudah pun ke 1/3 terakhir Ramadhan. Puasa tahun ini adalah puasa yang sangat bermakna bagi saya kerana ia adalah puasa dimana saya 'diizinkan' untuk bertarawih berjamaah semenjak sudah lama tidak melakukanya kerana anak kecil yang agak berdekatan antara yang pertama dan yang kedua. Bagi anak-anak saya, Darwisya dan Darwish pula, nampaknya dengan adanya solat tarawih di surau, menceriakan mereka setiap malam. Tidak terfikir pada saya untuk membawa mereka ke surau untuk solat tarawih sehinggalah Darwisya mendesak saya untuk membawa dia dan adiknya. Saya beri syarat pada kedua anak saya... "If you want to go, first, dont make noise, second, dont be naughty and respect people who solat. If u dont stay that way, mama 'bob' (kena tangan)!" Saya duduk disaf paling belakang kerana takut anak saya mengganggu orang lain. (supaya senang keluar kalau keadaan tak terkawal)...