Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Perasaan Seorang Ibu Sebelum Anak Ke Atas Pentas

Satu hari di Akademi Darul Huffaz... Ustaz: Saya nak anak puan membacakan surah Al Buruj masa konvokesyen nanti. Saya : Eh, ustaz.. dia tak pernah baca atas pentas dan dikhalayak ramai. Nanti takut dia tak boleh atau tak mau baca pula. Lagi pun, tu 2 hari lagi nanti tu ustaz! Ustaz : Takpe, kamu dok atas pentas dengan dia supaya dia tak takut. Saya : Saya rasa elok kita tengok keadaanlah nanti.. Kalau anak saya tak mau, saya tak boleh buat apa. (Dalam hati.. tak mungkin saya nak naik pentas juga kot) Tak pernah buat dan tiada rehearsal amat membimbangkan saya. Tapi mengenangkan anak saya baru 3 tahun saya memujuk diri saya jika apa pun berlaku nanti, tiada apa perlu dibimbangkan kerana orang tau dia masih kanak-kanak. Begitulah perasaan saya. Tapi bila tiba masa yang dinantikan, pada malam konvokesyen tersebut, anak saya melakukannya seolah dia telah biasa melakukannya. Dia naik keatas pentas dengan penuh yakin, dia membaca dengan lancar dan tanpa sebarang kesalahan dan akh...

Sijil Hafazan 30 Surah Terakhir pada umur 3 tahun

Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Bermain tidak boleh dipisahkan daripada mereka. Sedang pelajar lain berserta ibubapa mereka duduk dengan berhemahnya di tempat masing-masing semasa majlis berjalan, saya pula selalu cuba mengawal kelakuan anak saya yang sentiasa diluar kawalan kerana tidak mahu duduk diam. Tertahan-tahan suara memarahi mereka tapi marah sekejap, diamnya sekejap sajelah. Kemudian mula menakal semula. Masuk bawah kerusi sini dan keluar bawah kerusi sana. Berguling dan berlari.. Aduuuh.. itulah Darwisya saya! Mata kena tajam memerhatikan kemana dia pergi kerana takut tak jumpa dimana dia waktu namanya dipanggil untuk penyampaian sijil atau persembahannya nanti. Itulah keadaan saya dan anak saya semasa saya pergi ke konvokesyen anak saya. Berpegang tangan berjalan membawa adiknya entah hendak ke mana tu. Ada kawasan lapang di sudut sebelah kiri pentas didalam dewan digunakan sepenuhnya oleh anak-anak saya untuk berguling-guling dan berlari. Buat macam rumah sendiri dah...

Party untuk Darwisya

Majlis keraian atau 'party' ini saya sengaja buat untuk memaklumkan pada anak saya dengan bahasa mudah... 'saya sangat gembira dengan kejayaannya' . Dengan cara ini juga saya dapat menggembirakannya hingga anak saya bertanya bilakah party seperti itu akan diadakan lagi. Jawab saya... jika dia telah khatam al Quran. Bukan apa pun, cuma jemput anak anak saudaranyanya, beli party hat untuk semua orang, kek yang dicucuk lilin, dll. Mungkin ada yang berfikir tidak molek untuk meraikan dengan 'berparty', tetapi saya rasa tidak salah untuk melakukan sesuatu yang di sukai oleh anak kita jika itu boleh memberi motivasi padanya. Tambahan pula saya tidak pernah membuat apa-apa majlis untuk mana-mana anak saya sejak mereka lahir. Majlis kenduri akikah ke, majlis kenduri cukur jambul ke, majlis hari jadi atau hari menjadi ke... kedua-dua anak saya tidak pernah merasa. Kedua mereka dah diakikahkan/ditahnik, namun ia dibuat tanpa majlis keramaian. Berbalik pada pengajaran darw...

Konvokesyen Dan Penyampaian Sijil Akademi Darul Huffaz Sesi 2008/09

Alhamdulillah anak saya Darwisya Adrianna yang berusia 3 tahun 2 bulan, telah diuji oleh Ustaz Abu Bakar Al Hafiz dari Akademi Darul Huffaz dan telah lulus ujian hafazan 30 surah terakhir. Inilah yang akan menjadi sijil pertama atau sijil permulaan penghafazan Quran anak saya. Sudah tentulah anak saya tidak tahu apa maknanya sekeping sijil kertas yang akan diterimanya nanti tetapi biarlah saya sambut hari tersebut sehingga dia tahu itu adalah hari yang gembira untuk dirinya dan saya selaku ibunya. Anak saya juga akan mempersembahkan bacaan hafazannya pada acara persembahan pelajar pada malam itu nanti. Harap dia tidak gugup atau tidak lupa hafazannya kerana dia tidak pernah membaca didepan mikrofon apa lagi membaca diatas pentas dan dikhalayak ramai. Bukan apa, saya yang tak membaca pun gementar menunggu hari tersebut. Kepada sesiapa yang yang berminat untuk menghadiri majlis ini boleh menghubungi Akademi Darul Huffaz di talian 03-87332055. Ia akan diadakan pada 24 Disember 2009 ini ...

Menanam Sikap Berusaha Pada Kanak-Kanak

Darwisya : Why you have to work Mama? Mama : Because I have to get money and with that money I can buy your milk, your food, your dress and alot more.. Begitu berat si anak mahu melepaskan si ibu keluar bekerja. Begitulah juga hati si ibu. Namun saya bernasib baik kerana saya bekerja sendiri. Semenjak dari hari itu, setiap kali saya ke kedai membeli dan membayar duit belian, saya akan menerangkan padanya.. "Mama grow mushroom, pick the muchroom, sell our mushroom and got this money" (saya mengusahakan ladang cendawan)and these are uncle's goods, he sell it to Mama to get money" Satu hari Darwisya mahukan sesuatu dari kedai tersebut iaitu satu plastik tarik yang dalamnya ada 3 biji belon kempis dan satu peniup yang berbunyi. Oleh kerana saya tidak mahu membelikannya, saya berkata "No.. no.. I don't have the money!"(fikir balik, tak patut saya kata begitu). Esoknya dia bangun pagi dan mengikut saya ke ladang. Dipetiknya dalam sebakul setengah dan b...